Ini Sebab Kad Merah Bulat Ini Digunakan

Adakah pengadil tersilap bawa kad atau sengaja membuat kad fancy? Itu antara persoalan yang dilontrkan peminat melihat kad merah berbentu bulat dikeluarkan pengadil dalam aksi Piala FA Inggeris minggu lalu.

Pengadil Tony Harrington mengeluarkan kad itu dari poketnya ketika aksi antara Brentford dan Wolves.

Lebih menarik, kad merah bulat itu dikeluarkan pada minit kelapan di Gtech Community Stadium, Harrington memberikan ‘straight red card’ kepada pemain tengah Wolves, Joao Gomes kerana bentesan kerasnya ke atas Christian Norgaard.

Keputusan pengadil kad merah itu membuatkan ramai peminat tidak setuju. Samada bentesan itu cukup bahaya untuk kad merah? Adakah ianya bentesan sengaja?

Persoalan kemudian meleret kepada bentuk kad merah itu. Kenapa bulat dan bukan segi empat?

Seorang peminat menulis: “Biar betul, kad merah tu bulat ke? Ke mata aku yang salah?”

Seorang lagi menulis: “Apa ke neraka itu? Kena akad merah itu bulat? Apa yang sedang berlaku di bumi ini?”

Ramai yang menyatakan ini kali pertama mereka menyaksikan kad merah bulat seperti itu.

Kemudian, seorang pengadil profesional menyatakan, kad itu memang sengaja dibuat begitu kerana ada tujuan tersendiri.

Bentuk kad yang berbeza akan membantu pemain dan penyokong yang rabun warna mengetahui jenis kad disiplin yang mereka terima. Sesuai dengan prinsip bola sepak itu sendiri yang berbentuk inklusif.

Seterusnya, ia boleh membantu pengadil merasai sendiri bentuk kad di poket mereka agar tidak tersilap layangkan kad.

Setelah mendengar penjelasan itu, barulah netizen faham dan mereka menganggap ianya usaha yang sangat baik.

Namun mereka rata rata masih tak puas hati bagaimana Joao Gomes boleh dilayangkan kad merah langsung dalam situasi itu.

Kemudian mereka membandingkan satu lagi cabaran yang lebih teruk dan berbentuk stamping challenge atau memijak lawan.