Ini Sebab Kebanyakan Pramugara Dan Pramugari Tak Minum Air Ketika Dalam Pesawat

Portal terkemuka Business Insider mendedahkan sebab kenapa para pramugara dan pramugari tidak mahu meminum air minuman daripada pili walaupun ianya sudah ditapis.

Ini termasuk produk minuman yang dibancuh dengan air panas seperti kopi dan sebagainya.

Bey nok minum kopi ke bey? Kawe toksey

Hasil siasatan, mereka mendapati air di dalam pesawat tersebut dicemari dengan kuman salmonella dan juga telur serangga. Menjadikan ia sebagai antara kawasan paling kotor untuk air.

United States Environmental Protection Agency (EPA) melaporkan 1 daripada 8 pesawat gagal dalam piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh agensi itu.

Dan 15% daripada pesawat yang mereka lakukan ujian telah menunjukkan mereka mengandungi bakteria berbahaya di dalam air mereka.

Kajian pada 2016 pula mendapati, semakin panjang penerbangan maka semakin kotor air yang ada di dalam pesawat.

Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat pula telah mengeluarkan 6 keping surat amaran kepada syarikat penerbangan kerana isu ini dalam temph 20 tahun.

Sementara itu di China dan Kanada, Jabatan Kesihatan mereka mendapati ada beberapa kes air tercemar di dalam lebih daripada 10 pesawat.

Banyak syarikat penerbangan mempertikaikan dapatan kajian seperti ini dan mempersoalkan, bagaimana mereka mendapatkan keputusan tersebut.

Namun begitu, ianya masih dikira kajian oleh pakar.

Bagaimana air itu boleh tercemar?

Setiap bekalan air yang digunakan di pesawat, ianya dihantar melalui beberapa proses dan prosedur, sebelum sampai ke sesebuah kapal terbang.

Dalam setiap proses yang dijalankan ini, ianya akan berpotensi menambahkan pencemaran kepada air.

Semakin banyak proses dan pemunggahan tangki air dilakukan, maka makin tinggi risiko ia tercemar.

Biasanya air ini akan diambil daripada sumber air bersih awam. Dimasukkan ke dalam tangki dan dihantar ke gudang/stor khas.

Daripada stor itu, barulah air itu akan dihantar ke kapal terbang. Air kemudian akan diisi ke dalam tangki air di dalam pesawat.

Walaupun anda memesan kopi panas ataupun teh panas yang anda yakini sudah membunuh bakteria kerana suhu didih, kadangkala ianya masih tak cukup untuk membunuh beberapa kuman dan bakteria kerana air yang tidak dipanaskan ataupun dididihkan dengan sebaiknya untuk membunuh bakteria yang ada di dalamnya.

Oleh itu, pada 2011, EPA telah menetapkan piwaian yang lebih tinggi untuk Peraturan Air Minuman Atas Pesawat.

Namun adalah lebih baik korang beli air di lapangan terbang sebelum masuk ke dalam pesawat kan?

Sumber: Business Insider

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi