Ini Sebab Kenapa Sepanyol Boleh Disingkirkan Daripada Euro 2024 Kerana Lamine Yamal

Lamine Yamal kini tertakluk kepada peraturan buruh kanak kanak di Jerman. Negara itu ada peraturan ketat berkenaan tenaga buruh kanak kanak.

Di mana menurut peraturan tenaga kerja Jerman, kanak kanak berusia bawah 18 tahun dilarang bekerja melebihi 8 malam.

Bagi atlet profesional yang terlibat dalam acara sukan, mereka masih diberikan kelonggaran untuk bekerja lebih daripada 8 malam. Namun tidak boleh lebih 11 malam.

Perkara ini bukan benda baharu di Jerman. Peminat Bundesliga menyatakan di Jerman pemain remaja bawah 18 tahun biasanya terus balik ke rumah selepas perlawanan yang berlangsung malam tamat.

Mereka tidak akan berada di sidang media selepas perlawanan. Selain itu jurulatih juga akan mengeluarkan mereka sebelum 11 malam jika ada aksi berlangsung lewat.

Julian Draxler ketika bersama Schalke seringkali bermain pada separuh masa pertama saja kerana risau melanggar peraturan.

Bagi Sepanyol, impak peraturan ini pastinya dirasai mereka kerana Lamine Yamal berusia 16 tahun dan dia merupakan pemain utama pasukan La Roja.

Laporan dari Jerman menyatakan, jika pemain remaja melakukan kesalahan bermain lebih 11 malam, mereka tidak akan digantung daripada acara sukan mereka sertai. Namun mereka tertakluk kepada denda sehingga €30 ribu atau sekitar RM151,000.00 sahaja.

Lamine Yamal tidak terlepas daripada peraturan ini, kerana ianya mandatori di Jerman termasuk kepada mereka yang datang melawat negara itu.

Kesan paling buruk, mahkamah boleh mengeluarkan perintah menamatkan penyertaan sesuatu pasukan yang melanggar peraturan buruh kanak kanak ini.

Namun begitu pakar perundangan sukan Jerman, Stefan Graf menyatakan bahawa tindakan menyingkirkan Sepanyol mungkin tidak akan diambil atas budi bicara penganjur. Di mana Jerman dilihat sedia memberikan kelonggaran kepada pemain pemain remaja yang bertanding. Cuma dari segi denda, ianya mungkin akan dikenakan jika peraturan dilanggar.

Jadi Sepanyol harus cakna isu ini dan berkomunikasi dengan pihak berkuasa Jerman, agar tidak ada kesulitan di kemudian hari.

Terutama sekali pada pusingan kalah mati yang boleh berlarutan ke lewat malam kerana masa tambahan dan penentuan penalti, jika perlu.

@axello_tacts

Peraturan buruh Jerman melibatkan kanak kanak bawah umur sangat ketat dan ianya boleh membuatkan Sepanyol dalam masalah artikel di bio

♬ original sound – Axello Tacts – Axello Tacts