Liverpool melancarkan kit ketiga mereka dengan logo Nike yang menegak. Namun adakah ianya satu kesilapan dalam pencetakan atau sebaliknya?
Peminat Liverpool sendiri tertanya tanya apa sebenarnya berlaku di sini? Sebenarnya, logo yang sama digunakan oleh Chelsea dalam kit ketiga mereka. Jadi memang logo ini adalah unik.
Liverpool melancarkan kit ketiga yang berwarna putih yang dicampur dengan logo Nike yang berkembar bercampur antara merah dan kuning.
Kenapa Nike menggunakan logo tersebut?
Logo tersebut adalah sebahagian daripada kempen oleh Nike yang disebut ‘Together We Rise’ atau ‘Bersama Sama Kita Bangkit’ atau ‘Sama Sama Naik’ dengan simbol logo vertikal.
Ianya adalah sokongan kepada pembangunan bola sepak wanita pada hari ini. Nike telah menjadi salah satu jenama penting dalam pembangunan bola sepak wanita.
Selain daripada Liverpool dan Chelsea, kelab lain seperti Spurs turut melancarkan kit ketiga mereka dengan swoosh kembar menegak.
Nike sendiri mengesahkan bahawa ianya bukti bahawa Nike komited dalam membantu membangunkan bola sepak wanita sama seperti bola sepak lelaki.
Sumber: Sportsbible