Lee Zii Jia menambah satu lagi pingat gangsa untuk kontinjen Olimpik Malaysia di Paris 2024.
Ini selepas beliau menewaskan Lakshya Sen dari India dengan kebangkitan pada set kedua dan ketiga.
Sen memulakan aksi perebutan tempat ketiga dengan sangat cemerlang. Di mana dia mengawal keseluruhan tempo permainan set pertama.
Lee Zii Jia melakukan banyak kesilapan pada set pertama dan jurang mata yang dilebarkan oleh Lakhshya Sen membuatkan pemain Malaysia itu berdepan tekanan sangat tinggi dan akur dengan kekalahan 13-21.
Pada set kedua, bekas juara All England, Lee Zii Jia berjaya bangkit pada set kedua dengan permainan lebih tangkas dan tajam. Zii Jia memperbaiki aspek pertahanannya dengan menyukarkan Sen untuk mendapatkan mata daripada smash.
Lee Zii Jia menang dengan meyakinkan 21-16 pada set kedua. Untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Pada set penentuan, Zii Jia mengekalkan momentumnya dan meluncur laju. Pada satu ketika Lakshya Sen dilihat berjaya mengenakan tekanan semula ke atasnya.
Namun pemain Malaysia itu segera memperbaiki semula kesilapannya dan akhirnya meninggalkan pemain 22 dunia dari India itu jauh.
Lee Zii Jia menamatkan saingan dengan kemenangan 21-11 untuk memberikang gangsa kedua buat Malaysia. Menambah satu lagi koleksi pingat dari acara yang sentiasa memberikan pingat kepada Malaysia dalam Olimpik iaitu badminton.
Lee Zii Jia menitiskan air mata terharu selepas segala pengorbananannya dan tekanan yang dihadapinya selama ini. Dia hanya berdiam diri dan fokus kepada latihan demi membawa pingat untuk Malaysia.
Lee Zii Jia sampai nangis wehh
Netizen Malaysia dah boleh stop kecam atlet kita. Korang lah penyebab atlet jadi down 😌#OlympicGames #Badminton #TeamMAS pic.twitter.com/WmlanEeMfF
— ʚїɞ 🌱 (@yuuzulth) August 5, 2024