Ini Sebab Leeds Kena Bayar £18 Juta Untuk Pemain Hanya Beraksi 48 Minit Sahaja, Dan Pernah Tolak United Untuk Mereka

Leeds United signed Jean-Kévin Augustin secar pinjaman dengan nilai €4 juta. Namun ada opsyen pembelian tetap jika Leeds berjaya melayakkan diri ke EPL.

Menariknya, Kevin Augustin seolah olah satu kejayaan membalas dendam ke atas Man United buat Leeds sebelum ini.

Opsyen itu memerlukan Leeds membayar €21 juta ataupun £18 juta. Dan kini klausa itu secara automatik sudah teraktif.

Pada Januari 2019, Leeds sudah setuju dengan terma mendapatkan Daniel James dari Swansea dengan harga £10 juta. Namun deal itu collapsed pada saat saat akhir selepas Man United tiba tiba mahukan pemain itu.

Daniel James menolak tawaran Leeds dan menyertai Man United pada musim berikutnya dengan nilai £15 juta.

Pada Januar 2020, Jean-Kévin Augustin menolak tawaran daripada Man United kerana pada saat akhir Leeds menyailang perbincangan itu.

Baiklah.

Namun karier Augustin di Leeds tidak sebaik yang disangka. Dengan reputasinya sebagai penggempur Leipzig, dia hanya bermain 48 minit sahaja untuk Leeds.

Pada 30 Jun 2020, beliau dihantar pulang ke Jerman, walaupun liga masih berlanjutan.

Leeds kemudian memenangi promosi pada Julai. Dan sekarang RB Leipzig meminta Leeds membayar klausa €21 juta itu. Di mana Leeds tidak mahu berbuat demikian.

Ini kerana menurut mereka, Leeds memenangi promosi sebaik sahaja Augustin angkat kaki.

Augustin menyertai Leipzig dari PSG pada 2017, dan menikmati musim debut dengan 9 gol.

Beliau kecewa tidak mendapat jaminan minit perlawanan dan kemudian menyertai Monaco secara pinjaman. Dan seterusnya ke Leeds pada Januari.

Liga selepas itu digantung seketika selama 3 bulan. Dan sebaik kontrak pinjaman Augustin tamat, Leeds tak bercadang melanjutkannya sehingga liga berakhir.

RB Leipzig kini berkeras mahu Leeds membayar wang mereka.

Kesilapan Leeds adalah, mereka tak memasukkan klausa penampilan minima dalam klausa kontrak tetap untuk pemain dipinjam.

Ini biasanya dilakukan kelab besar yang lain. Misalnya Leicester mendapatkan Ryan Bennet dari Wolves secara pinjaman. Dan klausa tetap akan diaktifkan hanya jika pemain itu digunakan dalam 5 penampilan ke atas.

Leipzig mahu keuntungan £4 juta daripada pemain yang mereka beli £14 juta sebelum ini.

Salah satu sebab Augustin gagal mendapatkan kontrak tetap kerana dia tidak sesuai dengan gaya bola sepak Bielsa.

Beliau juga bergelut dengan corak latihan intensif di bawah Bielsa.

Leipzig dilaporkan mahu membawa kes ini ke FIFA, malah ke CAS sekalipun.

Pengarah Sukan Leipzig, Markus Krösche berharap Leeds United ada maruah untuk membayar yuran perpindahan Jean-Kévin Augustin.

“Leeds telah dipromosi ke EPL, yang bererti opsyen pembelian pada kontrak Augustin telah diaktifkan.”

“Ketika perjanjian kontrak dibincangkan pada bulan Januari, semua pihak yang terlibat sepenuhnya mengawal tindakan mereka.”

“Saya menjangkakan bahawa sekarang semuanya akan menuju ke keputusan yang tepat, ”kata Krösche.

Ramai yang menyatakan tak banyak yang Leeds boleh perkatakan. Kerana mereka terikat dengan kontrak yang mereka sendiri tandatangani.