Ini Sebab Masa Tambahan Di Piala Dunia 2022 โ€˜Luar Biasaโ€™ Banyaknya, Sebanyak 59 Minit Dalam 3 Perlawanan

Jika ada perasan, dalam edisi Piala Dunia 2022 kali ini, masa tambahan ataupun masa kecederaan diberikan agak lama berbanding dengan sebelum ini.

Ini kerana dalam edisi Piala Dunia kali ini, FIFA sudah mengingatkan pengadil dan pegawai perlawanan untuk memerangi masalah melengahkan perlawanan dengan semaksimum yang mungkin.

Selepas 3 perlawanan pertama Piala Dunia 2022, sudah sebanya 59 minit masa kecederaan ditambah oleh pengadil secara terkumpul pada 3 aksi semalam.

Jadi, para peminat harus bersedia menyaksikan bola sepak yang mencecah 100 minit aksi selepas ditambah masa tambahan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh 2 pegawai perlawanan Piala Dunia yang sudah lama berkhidmat iaitu Danny Makkelie dan Chris Beath.

Menurut mereka, pengadil akan memberikan masa tambahan yang banyak bagi menentang perbuatan melengahkan perlawanan di kalangan pemain.

Ada kes kecederaan, seperti aksi antara England dan Iran, di mana penjaga gol utama Iran memerlukan rawatan kerana kecederaan agak serius. Itu memang sudah perkara biasa untuk pengadil menambah masa yang banyak.

Cuma, perbincangan kali ini lebih terarah kepada aksi yang tidak ada kecederaan serius namun pemain dilihat dengan sengaja mahu melengahkan perlawanan. Pengadil tak akan berhenti untuk berterusan menambah masa kecederaan.

Makkelie, salah seorang calon utama untuk menjadi pengadil pada final yang berlangsung pada 18 Disember akan datang berkata: โ€œPeminat kini boleh menjangkakan masa perlawanan yang lebih panjang untuk 2 babak.โ€

โ€œIni adalah topik yang kita sudah bincangkan.โ€

โ€œIanya bukan perkara yang pelik untuk melihat masa tambahan sebanyak enam minit, tujuh minit, lapan minit ataupun lebih banyak.โ€

โ€œKita sudah mempraktikkannya di Rusia sebelum ini [dalam Piala Dunia 2018] dan semua orang memberikan respon positif tentangnya. Dan sudah tentu kita akan meneruskan pendekatan itu di sini.โ€

FIFA sudah menyatakan bahawa ada beberapa perbuatan melengahkan perlawanan yang dianggap sengaja seperti ketika pertukara pemain dan juga selepas sesebuah pasukan menjaringkan gol.

Ketua Pengadil FIFA, Pierluigi Collina dan Massimo Busaca, antara yang memantau prestasi pengadoil pada kali ini.

Seorang lagi pengadil iaitu Chris Beath berkata: โ€œIanya bergantung kepada perlawanan.โ€œ

โ€œBukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat masa kecederaan diberikan sebanyak 7, 8 atau 9 minit. Tetapi ianya bergantung kepada sesuatu perlawanan.โ€

โ€œKeutamaan kita adalah keselamatan pemain, menjaga imej perlawanan bola sepak dan memaksimumkan masa bermain.โ€

Beliau menegaskan bahawa pengadil akan melakukan tugasan mereka sebaiknya berdasarkan penilaian dan budi bicara.

Baca yang lain