Tahun Baru Cina di Vietnam menyambut Tahun Kucing berbanding dengan Tahun Arnab seperti di negara lain.
Ketika China, Jepun dan negara-negara Asia Timur yang lain bersiap sedia untuk menyambut permulaan Tahun Arnab pada hari Ahad, orang Vietnam akan membuat perkara berbeza.
Sebabnya, Vietnam mengalu-alukan Tahun Kucing berbanding Tahun Arnab.
Tiada penjelasan rasmi daripada agensi kerajaan tentang bila dan mengapa orang Vietnam mengenali kucing dalam sistem astrologi mereka dan bukannya arnab.
Satu lagi perbezaan yang lebih kecil dalam perayaan hampir serupa kitaran 12 tahun Zodiak Cina ialah penggunaan lembu dalam kalendar Vietnam berbanding dengan kerbau.
Ngo Huong Giang, seorang penyelidik budaya yang berpangkalan di Hanoi, berkata satu sebab untuk memilih kucing mungkin kerana istilah untuk arnab dalam sistem susunan astrologi Cina disebut “mao” dalam bahasa Mandarin, yang bunyinya sama dengan perkataan Vietnam untuk kucing.
Seterusnya, perbuatan menternak atau memelihara arnab juga bukan perkara biasa di Vietnam.
“Bagi kebanyakan orang Vietnam, kucing adalah kawan keluarga yang teguh yang membantu melindungi tanaman dan makanan daripada tikus, sambil menghalau roh jahat dan membawa tuah,” kata Giang seperti dipetik Reuters, Sabtu.
“Apa yang pasti rakyat Vietnam tidak mahu mengubah tradisi mereka. Kekuatannya tidak sama dengan kucing”, kata Ngo Quy Dung lagi mengenai arnab dan kucing,
Dia juga menyatakan dengan bangga bahawa dia dilahirkan 60 tahun lalu pada Tahun Kucing. Rata rata penduduk di Vietnam lebih gembira meraikan Tahun Kucing,
Nguyen Hieu Tin, seorang ahli dalam bidang kebudayaan Vietnam berkata, jawapannya mungkin kerana sawah padi yang penting buat petani petani di Vietnam.
Mereka tidak suka arnab yang dianggap sama seperti tikus. Tikus adalah haiwan dan makhluk perosak tanaman.
“Nasi adalah perkara sangat penting dan salah satu bahagian paling besar dalam pertanian di Vietna,.”
“Tikus menjadi ancaman kepada tanaman dan ramai petani yang memelihara kucing untuk memburu tikus.”
“Kucing adalah haiwan yang sangat popular di dalam kehidupan orang Vietnam.”
“Satu lagi penjelasan adalah, orang Vietnam tidak suka dengan dua haiwan yang hampir sama itu. Mereka melihat arnab dan tikus ada persamaan.”