Ini Sebab Mbappe Hanya Boleh Pakai Topeng Warna Hitam

Didier Deschamps mengesahkan bahawa Kylian Mbappe sudah sedia untuk beraksi menentang Belanda. Sebelum ini terdapat keraguan sama ada pemain itu boleh beraksi ataupun tidak.

Ianya selepas Mbappe terlibat dalam satu pertembungan dengan pemain lawan, Kevin Danso. Hidungnya telah patah. Dia dikeluarkan pada masa itu dan menerima rawatan segera.

Tetapi Deschamps memberikan kemaskini positif tentang bintang utama mereka itu. Mbappe akan beraksi menggunakan peralatan khas untuk melindungi hidungnya yang baru sahaja patah itu.

Semalam satu video ditularkan di mana Kylian Mbappe berlatih dengan topeng yang bercorakkan bendera Perancis termasuk ada logo pasukan kebangsan Perancis.

UEFA telah memberitahu Kylian Mbappe bahawa pemain itu tidak boleh menggunakan topeng pelindung muka yang berwarna warni.

Mbappe dilarang untuk bermain jika dia tidak menepati garis panduan yang dikenakan oleh UEFA kepada semua pemain beraksi.

Menurut ESPN, UEFA sudah menghantar peringatan kepada pemain itu bahawa topeng itu tak boleh dipakai dalam aksi sebenar. Hal ini kerana ianya melanggar peraturan permainan yang ditetapkan UEFA berkaitan dengan pemakaian oleh pemain.

UEFA hanya membenarkan topeng pelindung muka berwarna hitam sahaja. Sebenarnya UEFA turut membenarkan penggunaan warna putih. Memandangkan bendera Perancis ada warna putih maka Mbappe tidak boleh memakai warna putih.

UEFA dalam peraturannya menyebut: “Kelengkapan medikal yang dipakai harus ada satu warna sahaja. Dan bebas daripada sebarang identiti pasukan atau pembuat peralatan itu.”