Ini Sebab Mengapa Everton Merudum Selepas Lakukan Permulaan Luar Biasa

Ketika Everton berada di puncak liga pada awal Oktober Carlo Ancelotti mengatakan kemuncak prestasi itu akan berhenti.

Selepas pasukannya mengalami kekalahan ke-4 dari 5 perlawanan Ancelotti mungkin tertanya-tanya mengapa penurunan itu berterusan dalam tempoh panjang.

Kekalahan 1-0 kepada Leeds berpunca dari kelemahan pertahanan Everton. Masalah itu telah lama disebut oleh Ancelotti tetapi masih belum diselesaikan.

Ancelotti boleh memberi alasan kerana mengalami masalah kekurangan pemain. Lucas Digne dan Seamus Coleman mengalami kecederaan. Richarlison juga digantung dalam 3 perlawanan.

Situasi Ancelotti tidak seperti Bielsa.

Bielsa sudah berada di Leeds selama 2 setengah musim sedangkan Ancelotti baru 12 bulan di Goodison Park. Ancelotti dilantik pada 21 Disember musim lepas.

KONSISTENSI

Dalam tempoh itu Ancelotti telah mencapai beberapa kejayaan dengan meningkatkan prestasi Dominic Carlvert-Lewin, persembahan luar biasa dari James Rodriguez dan Allan.

Tetapi pasukannya meraih keputusan tidak konsisten yang boleh merosakkan perasaan para penyokong yang bakal kembali ke stadium pada bulan depan.

Para penyokong Everton menonton di kaca TV pasukannya tidak kalah pada 5 perlawanan awal, mereka berharap prestasi itu akan terus kekal namun ia tidak berlaku.

Para peminatnya menerima kenyataan Everton kini menduduki tangga ke-6 liga sementara itu Ancelotti masih percaya pasukannya masih berada di landasan betul.

“Ini merupakan tempoh yang lebih sukar, anda boleh lihat bagaimana pemain memberi reaksi, bagaimana personaliti dan karektor pemain.”

“Saya masih mempunyai keyakinan tetapi sudah pasti kami perlu lebih konsisten.”

KECERMERLANGAN DI BARISAN SERANGAN

Prestasi Everton tidak buruk ketika bertemu Leeds tetapi corak permainan Leeds memberi isyarat Everton perlu terus memperbaiki permainannya dalam sesi latihan.

Adakah ketajaman Calvert-Lewin di hadapan gawang dan cara Rodgriguez memecah pertahanan lawan sudah cukup mengimbangi kelemahan lain dalam pasukan Everton?

Tanpa Richarlison Everton hilang kepantasan dari bahagian tengah untuk menyokong serangan pasukan. Pasukan lawan juga sentiasa berusaha mencari jalan untuk menembusi ruang yang terdapat di belakang Rodriguez.

UNIT PERTAHANAN

Jordan Pickford pula mempunyai musim turun naik, ketika bertemu Leeds dia cemerlang dengan melakukan 2 aksi penyelamat luar biasa untuk mengecewakan Patrick Bamford dan Raphinha.

Namun pertahanan Everton masih dalam situasi tidak menentu dan tidak konsisten.

Ben Godfrey dalam penyesuaian selepas berpindah ke sana dari Norwich dengan harga 25 juta. Mason Holgate sudah memikat tetapi perlu terus belajar dalam usia 24 tahunnya.

Keadaan itu memaksa Ancelotti bereksperimen dengan sistem pertahanan bertiga selepas Coleman dan Digne mengalami kecederaan.

Alex Iwobi dan Tom Davies mengisi posisi sayap bertahan dan penyesuaian tersebut mungkin akan terus berlaku pada beberapa minggu mendatang.

SUMBANGAN ANDRE GOMEZ MENURUN

Allan dan Abdoulaye Doucoure membuat permulaan positif tetapi Everton memerlukan seorang lagi pemain tengah yang boleh membekalkan hantaran kepada trio serangan mereka.

Andre Gomes pada mulanya mampu melakukannya tetapi prestasinya menurun dan mula tidak disukai peminat.

APA SETERUSNYA?

Pada minggu hadapan Everton akan bertemu Burnley dimana mereka berharap dapat bangkit. Burnley hanya mencatat 1 kemenangan musim ini di liga.

Selepas perlawanan itu Everton akan menyambut kepulangan 2,000 penyokongnya di Goodison Park menjadi tuan rumah dalam perlawanan menentang Chelsea. Sebuah pasukan yang sedang memuncak dibawah Frank Lampard.

Secara kebetulan perlawanan terakhir ditonton oleh para penyokong Everton sebelum pandemik berlaku juga bertemu Chelsea.

Everton menang 4-0 di Stamford Bridge pada bulan Mac lepas.

Ancelooti berharap dia dapat menujukkan kepada para penyokongnya setianya Everton sedang meningkat.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan