Ini Sebab Mikel Setuju Sangat Messi Menang Atasi Haaland

Bekas pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel berkata bahawa superstar Inter Miami, Lionel Messi melakukan lebih banyak dalam bola sepak berbanding apa yang dilakukan Erling Haaland dari Manchester City untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA 2023.

Kemenangan Messi kali ini dipertikaikan. Setelah FIFA sendiri mengesahkan bahawa penilaian kali ini tidak akan mengambil kira pencapaian di Piala Dunia 2022.

Bermakna, Messi mempetaruhkan kejayaannya di PSG yang memenagi trofi domestik dan kemudian 1 lagi trofi bersama Inter Miami.

Ramai berpendapat bahawa Haaland akan menang mudah kali ini. Kerana dia membantu Man City menjadi juara treble musim lalu.

Malangnya, Messi dinobatkan sebagai pemenang dengan sekali lagi menewaskan Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

Pemain berusia 36 tahun itu tidak menghadiri majlis anugerah Terbaik FIFA malam tadi kerana mahu kekal di Amerika untuk berlatih bersama Inter Miami.

Selain itu, Haaland mahupun Mbappe tidak hadir pada acara itu.

Bercakap selepas Messi memenangi anugerah itu, Obi-Mikel sangat setuju bahawa Messi selayaknya menang. Ini kerana menurut beliau Messi melakukan lebih banyak musim lalu berbanding Haaland.

“Saya rasa Messi melakukan lebih daripada Haaland untuk memenanginya.”

Pandangan Obi Mikel itu kurang disenangi ramai peminat. Kerana menurut mereka Mikel seperti seorang yang mabuk dulu sebelum berikan pendapat.

Sebenarnya Messi dan Haaland terikat dari segi undian. Dan akhirnya pemenang dipilih berdasarkan undian terbanyak di kalangan kapten pasukan kebangsaan.

Akhirnya di sini Messi menang. Messi turut menjadi pemain pertama berada dalam kesebelasan terbaik FIFPro untuk 17 musim berturut turut.

K tu je.