Ini Sebab Nistelrooy Dibuang Alex Ferguson Walaupun Skor 95 Gol

Bagi peminat Manchester United, Ruud van Nistelrooy dianggap sebagai salah seorang penjaring gol legenda.

Beliau merupakan poacher yang sangat tajam dan memiliki kualiti penyudah yang sukar untuk dijelaskan.

Namun begitu, biarpun Nistelrooy menjaringkan 95 gol untuk Man United ketika di Old Trafford, beliau tetap dibuang dan dijual oleh Sir Alex Ferguson.

Nistelrooy besar kepala

Fergie memang terkenal dengan prinsip: ‘Tiada pemain yang lebih besar daripada kelab.”

Ferguson memang pantang dengan pemain yang besar kepala dan berlagak diva.

Pogba antara pemain yang pernah disingkirkan Sir Alex Ferguson gara gara menunjukkan rasa tak gembira ketika Sir Alex memanggil Paul Scholes keluar semula daripada persaraan.

Masa depan Nistelrooy di Man United mulai kabur apabila beliau mencarut dekat Sir Alex Ferguson ketika final Carling Cup [sekarang dipanggil Carabao Cup] menentang Wigan pada 2006.

Antics beliau itu yang membuatkan legasinya di Man United terancam oleh beliau sendiri.

Nistelrooy sound Alex Ferguson

Nistelrooy ketika itu mengeluarkan kata-kata kesat kepada Ferguson kerana tak puas hati menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan dalam aksi final tersebut.

Pada akhir musim, ramai yang terkejut apabila Ferguson telah meletakkan nama Nistelrooy dalam senarai untuk dijual.

Peluang tersebut tak dilepaskan oleh Real Madrid yang terus menyambar penyerang dari Belanda itu. Nistlerooy dijual dengan harga lelong sekitar GBP11 juta.

Seorang bekas ketua perhubungan kelab iaitu Alastair Campbell telah mendedahkan ia antara kemungkinan utama yang menjadi sebab Nistelrooy keluar dari Old Trafford.

Beliau berkongsi perkara tersebut di dalam bukunya. Alastair Campbell merupakan sahabat baik Sir Alex Ferguson.

Campbell mengklaim bahawa beliau antara orang yang diberitahu oleh Fergie tentang masa depan Nistelrooy yang sudah berakhir di Old Trafford dan Fergie mahu menjual pemain itu.

Nistlerooy bersikap biadap dengan Ronaldo

Berdasarkan buku tersebut, ia menyatakan bahawa ada satu lagi peristiwa yang membuatkan Fergie benar benar hilang sabar dengan Nistelrooy.

Kemuncak kepada semua perkara tersebut apabila Nistelrooy dengan biadap mengejek Ronaldo sebagai sudah menemui ayah baru di United iaitu Carlos Quieroz menggantikan ayahnya meninggal kerana ketagihan alkohol.

Carlos Quieroz ketika itu menjadi pembantu Alex Ferguson.

Campbell menceritakan bahawa, Carlos Quieroz sangat marah dan meminta Nistelrooy untuk menghormati orang lain.

Namun Nistelrooy awalnya melawan Quieroz dengan menyatakan, mana ada dia biadap?

Perkara itu sampai ke pengetahuan Fergie. Dan Carlos Quieroz merasakan Nistelrooy bukan insan yang baik walaupun dia pemain yang luar biasa.

Menyedari perkara itu sudah sampai ke pengetahuan bos besar, Nistelrooy akhirnya meminta maaf kepada Cristiano Ronaldo. Namun Ronaldo ketika itu tidak menerima permohonan maaf itu.

Sir Alex Ferguson awalnya agak sukar membuat keputusan. Namun selepas mengambil kira sikap Nistlerooy yang melampau dan insiden di final Piala Liga, akhirnya Sir Alex Ferguson memutuskan untuk menjual Nistlerooy.

Nistelrooy memang dah lama tak berpuas hati dengan Cristiano Ronaldo. Beliau pernah secara terangan memberitahu Alex Ferguson bahawa Ronaldo adalah tamak dan tidak mahu menghantar bola kepadanya.

Namun Ferguson menjelaskan bahawa, Ronaldo tidak sama dengan David Beckham. Ronaldo adalah winger yang boleh menjaringkan gol.

Dari hari itu hubungan Nistelrooy dengan Ronaldo yang rapat bertukar menjadi dingin.

Ronaldo pernah berkongsi cerita bahawa beliau dan Nistelrooy dahulunya sangat rapat. Dan beliau belajar menajamkan sentuhan golnya daripada Nistelrooy.

Nistelrooy menyertai Real Madrid dan kemudian menyertai kelab seperti Hamburg dan Malaga. Beliau bersara pada 2012.

Namun tiada siapa yang akan lupa bahawa karier beliau di Man United adalah yang terbaik.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil