Ini Sebab Paul Pogba Pilih Perancis, Dan Abangnya Pilih Guinea

Paul Pogba akhirnya bersuara, kenapa beliau memilih untuk mewakili Perancis dan bukannya Guinea seperti mana abangnya.

Pogba antara pemain Afrika yang memilih untuk mewakili negara Eropah.

Pogba sudah bermain dalam dua pertandingan major untuk Perancis iaitu UEFA Euro dan juga Piala Dunia.

Di mana dalam temasya Piala Dunia 2018, Paul Pogba menjadi nadi penting pasukan Perancis menjadi juara dunia.

Buat masa ini, Pogba sudah memiliki 69 kaps untuk Perancis. Namun karier antarabangsanya pasti akan berbeza jika beliau mengikut jejak langkah abangnya mewakili Guinea, negara kelahiran ibu dan ayah mereka.

Dalam temuramah terbaru, Pogba menyatakan beliau memang sudah berhasrat mahu bermain untuk Perancis sejak kecil lagi.

Paul Pogba merupakan pemain yang dilahirkan di Perancis. Paul Pogba menyatakan beliau turut berbincang dengan keluarganya untuk keputusan itu.

Dan mereka merestui pilihan Paul Pogba, yang memilih Perancis bukannya Guinea.

“Ianya impian saya [menyarung jersi Perancis]. Saya dari dulu lagi bercita-cita mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis.”

“Abang abang saya bermain untuk Guinea. Namun saya nak bermain untuk Perancis. Mereka lahir di Guinea, saya pula lahir di Perancis.”

“Mereka selalu kata: ‘Kami akan jaga hal Guinea, dan kau pula jaga hal Perancis’.”

Setakat ini Pogba sudah menjaringkan 10 gol dan 7 assist untuk Perancis.

Paul Pogba merupakan antara pemain tengah terbaik di dunia pada ketika ini. Prestasi beliau di Perancis sangat mengujakan.

Malah ramai peminat Man United sendiri kadangkala menagih aksi konsisten seperti itu dapat dijelmakan Paul Pogba ketika di kelab.