Ini Sebab Penyokong Switzerland Troll Pasukan Itali Walaupun Mereka Bukan Musuh Tradisi

Peminat Switzerland ternyata tidak mahu melepaskan peluang untuk menganjing / troll pasukan Itali.

Mereka mengibarkan banner yang ditulis dengan “Italy World Cup Qatar 2022” dan kemudian di bawahnya terdapat tulisan yang mencolok “Adakah anda maksudkan Switzerland?”.

Troll itu dinaikkan ketika aksi di antara Switzerland menentang England di Stadium Wembley pada Ahad.

Jenaka itu pastinya dituju kepada Itali selepas kegagalan mereka mara ke Piala Dunia 2022 buat kali kedua berturut turut. Itali merupakan kuasa besar bola sepak Eropah dan juga dunia.

Gli Azzurri tewas 0-1 kepada Macedonia Utara pada separuh akhir playoff Path C, pada Jumaat lalu.

Lantas penyokong Switzerland menyindir Itali yang merupakan juara Eropah. Seringkali dianggap pasukan pilihan mara berbanding dengan mereka. Dua pasukan diletakkan dalam kumpulan yang sama dalam pusingan kelayakan zon Eropah.

Jadi, kenapa penyokong Switzerland mengejek Itali? Sedangkan mereka bukan penyokong Perancis yang merupakan seteru utama Itali di peringkat antarabangsa.

Ataupun penyokong England yang sebelum ini marah dengan Itali kerana menurut mereka Itali seharusnya bermain 10 pemain dalam final Euro selepas Chiellini menarik Bukayo Saka.

Sebenarnya, ada penjelasan tentang kenapa peminat Switzerland menujukan troll mereka ke atas Itali.

Persaingan Itali dan Switzerland

Antara sebab utama mereka mengejek pasukan Itali adalah kerana Itali merupakan pasukan yang menyingkirkan Switzerland dari pusingan awal Euro 2020. Di mana Itali menang 3-0 dalam perlawanan Kumpulan A berdepan Switzerland dan menjadi punca mereka hampir gagal mara ke pusingan kalah mati.

Kekalahan itu terlalu berat buat Switzerland dan terpaksa berdepan Perancis pada 16 akhir.

Lebih manis buat Itali apabila mereka menjadi juara Euro 2020, dengan menewaskan England di final.

Paling aluminium pastinya, kesemua pasukan yang ditewaskan oleh Itali ketika Euro 2020, semuanya layak ke Piala Dunia. Ini Termasuk Switzerland yang mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar sebagai juara Kumpulan C dengan kutipan 18 mata, menang lima kali dan seri tiga kali.

Kejayaan Switzerland itu benar benar dianggap sebagai satu pencapaian hebat. Mereka yang dijangka akan melalui fasa play off untuk ke Piala Dunia, telah berjaya melakukannya dengan kelayakan automatik.

Boleh dikatakan Switzerland juga menjadi penghalang untuk Itali mara ke Piala Dunia 2022. Ini kerana keputusan seri yang dicatatkan oleh Itali dengan Switzerland telah menjadi keputusan penting menentukan juara kumpulan.

Jadi, perseteruan di antara Itali dan Switzerland sepanjang kelayakan Piala Dunia Zon Eropah dan juga ketika di Euro membawa kepada banter ini.

Selain itu, seperti yang dinyatakan di perenggan atas, Itali seringkali dianggap pasukan pilihan berbanding Switzerland. Penyokong Switzerland menganggap Itali adalah kesayangan media ataupun media darling berbanding dengan mereka sepanjang pusingan kelayakan dan juga ketika bersaing dalam Euro.

Jadi inilah sebabnya kenapa banner banter ini dikibarkan. Mereka menganggap akhirnya dendam mereka terbalas. Dan mereka berjaya mengatasi Itali untuk mara ke Piala Dunia.

Baca yang lain