Poland secara rasminya menjadi negara pertama tersingkir dari Euro 2024 walaupun masih ada baki 1 perlawanan lagi.
Perancis dan Belanda mencatatkan keputusan seri dalam kumpulan yang sama. Keputusan itu membuatkan Poland secara rasminya tersingkir daripada Euro 2024.
Berikut adalah kedudukan kumpulan D selepas 2 perlawanan.
Empat pasukan tempat ketiga terbaik akan mengiringi 2 pasukan tangga teratas daripada setiap kumpulan beraksi di pusingan 16 akhir.
4 pasukan tangga ketiga terbaik dipilih berdasarkan keutamaan; 1. pungutan mata; 2. perbezaan jaringan; 3. gol; 4. kemenangan; 5. disiplin.
Namun kenapa Poland tetap diisytihar sebagai tersingkir sedangkan mereka masih boleh meraih 3 mata dan merebut tempat ketiga?
Kerana format Euro dalam menentukan pasukan di peringkat kumpulan adalah berdasarkan head to head sebagai keutamaan untuk menentukan tempat bagi dua pasukan terikat mata.
Jadi, kekalahan Poland di tangan Austria sebelum ini membuatkan Poland tidak boleh memintas Austria walaupun Poland mungkin menang besar dan mendahului Austria dari segi perbezaan jaringan – di mana itu pun kelihatan sukar berlaku.
Selepas rekod head to head – jika dua pasukan itu seri – maka rekod perbezaan akan dipertimbangkan kemudian jumlah, dan jika masih terikat barulah peraturan fairplay iaitu kad disiplin.
Austria yang dibimbing oleh Ralf Rangnick masih berada dalam landasan persaingan untuk mara ke kalah mati.
Rangnick menyatakan bahawa pasukannya berada dalam mood yang sangat baik ketika ini untuk membuat kejutan ke atas pasukan pilihan Belanda.
Sementara Poland akan melengkapkan jadual mereka menentang pasukan Heavyweight Perancis.