Dalam permainan PUBG ada satu vending machine yang membolehkan korang recover tahap kesihatan korang ketika bermain. Dan mesin air penjual air macam yang ada kat supermarket tu wujud di miramar.
Tencent Games telah mengeluarkan update 0.18.0 di PUBG Mobile pada beberapa minggu lalu. Menariknya, update kali ini menghadirkan pembaharuan pada peta Miramar.
Pembaharuan pada peta Mad Miramar akan menambahkan elemen baru seperti sebuah Oasis yang telah ditambahkan di bahagian utara peta dan Urban Ruins sekarang berada di barat laut.
Pada peta perubahan ini juga lebih banyak area perumahan, jalan, dan lain lain lagi yang telah ditambahkan sehingga korang harus memilih tempat pendaratan dan bertempur dengan hati-hati.
Trek yang melintasi seluruh peta dan sangat sesuai untuk pengguna motor dan arena pacuan kuda juga telah tersedia di peta ini.
Bukan itu sahaja, malah kenderaan baru Golden Mirado juga dihadirkan dalam kemaskini kali ini, namun hanya ada 1 yang akan muncul dalam Mad Miramar.
Kemaskini terbaru ini juga dikatakan memberikan lebih cabaran kepada kaki sniper.
Selain itu, Vending Machine kali ini akan menjadi salah satu benda yang mungkin cukup membantu korang. Malah korang boleh mendapatkan sehingga 8 minuman sekaligus.
Oleh itu, baru baru ini PUBG Corp telah memberitahu para pemain agar tidak sesekali menyerang ataupun merosakkan vending machine itu.
Ianya adalah antara ciri terbaharu dalam kemaskini di dalam permainan PUBG selain daripada hujan pasir.
Vending machine tu ada air tenaga / energy drinks yang membolehkan para pemain memulihkan sedikit kesegaran dan kesihatan.
Ada sesetengah pemain akan mendapat lebih banyak air tenaga tersebut. Ada yang dapat sikit. Ini yang membuatkan ada sesetengah pemain jadi kecewa dan hampa. Lalu mereka merosakkan dan melakukan vandalisme.
Lalu PUBG menerusi Tweet mereka telah memberikan peringatan agar tidak melakukan perbuatan goblok itu. Hal ini kerana mesin itu akan membunyikan penggera jika ia ada damage.
Alert ini akan memberikan isyarat kepada musuh korang di mana keberadaan pasukan korang. Dan ini akan menyukarkan pasukan yang nak bermain lebih lama. Malah ia mengundang pasukan korang kena ambush.
Saksikan nasihat daripada PUBG di sini:
Never lucky 🍀
Always remember to take out your frustration on the vending machine safely! 👉 https://t.co/0uoz2xo0DD pic.twitter.com/Fps4H728ql
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) May 22, 2020
Selamat berpubg dengan bijak.