Ini Sebab Robbie Savage Enggan Disamakan Oleh Paul Parker Dengan Scott McTominay

Paul Parker telah menyamakan Scott McTominay dengan Robbie Savage. Lantas beliau menggelar McTominay sebagai Robbie Savage era moden.

Korang mesti kenal Paul Parker ni kan? Bertaun juga dia jadi pundit di Astro dulu.

Kenyataan Paul Parker itu agak mengejutkan kerana ramai berpendapat bahawa Scott mctominay merupakan pemain terbaik Manchester United pada musim ini.

Malah beliau dianggap salah satu kehilangan terbesar Manchester United pada ketika ini. Tanpa McTominay, bahagian tengah United nampak longgar dan rapuh.

Scott McTominay kini berehat seketika kerana dalam proses penyembuhan daripada kecederaan.

Namun begitu Paul Parker ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan bahawa Scott McTominay merupakan pemain penting dalam pasukan Manchester United pada hari ini.

Menurut Paul Parker, Scott McTominay sangat keras dan kerja dia membentes orang di sana sini dalam padang.

Bekas pertahanan Manchester United, Paul Parker juga menegaskan bahawa Scott McTominay adalah salah satu gambaran kepada masalah yang sedang dihadapi pasukan Manchester nanti ketika ini.

Di mana mereka tidak memiliki pemain tengah yang benar-benar berkualiti untuk pasukan seperti Manchester United. Tetapi masih juga McTominay berada dalam kesebelasan utama, kerana tiada pilihan lebih baik.

“Jika korang kata bahawa Manchester United merindui kehilangan Scott McTominay bermakna anda bukan penyokong Manchester United sejati.”

“Sebab kamu beliau cedera adalah kerana beliau terlalu banyak cuba untuk membentes pemain lain dan sehingga mencederakan dirinya sendiri.”

“Beliau tidak ubah seperti Robbie Savage versi moden.”

“Jika itu yang anda rasa cara Manchester United bermain maka anda tidak pernah menikmati saat indah kehebatan Manchester United dahulu.”

“Saya yakin Ole akan pening setiap kali memikirkan siapakah pemain tengah yang beliau mahu turunkan.”

Paul Parker turut berpendapat bahawa apa yang cuba dilakukan oleh Scott Mctominay itu atas dasar semangat tetapi tidak semestinya bagus untuk pasukan.

Paul tiada masalah dengan pengurusan Ole Gunnar Solskjaer yang menurutnya, legenda United itu ada ciri – ciri yang baik untuk menjadi pengurus United.

Komen oleh Paul Parker itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak. Ini termasuk reaksi oleh Robby Savage sendiri.

Jelas sekali Robbie Savage tidak setuju dengan pandangan Paul Parker yang menurutnya tidak tepat sama sekali. Savage enggan memnerima perbandingan tersebut.

Savage menganggap ia adalah satu pandangan yang mengarut daripada bekas pertahanan Man United itu terhadap Scott McTominay.

Savage berkata: “Mengarutlah. Saya tak cukup bagus untuk bermain untuk Manchester United.”

“Dia [Scott McTominay] pula bakat yang sudah terbukti boleh memecah masuk dalam pasukan, menstabilkan dirinya dalam pasukan utama, menjadi salah seorang pemain terbaik Manchester United musim ini, dan kehilangannya dirindui ketika dia cedera.”

Baca yang lain