PlayStation 5 mungkin merupakan konsol permainan video yang terbesar yang pernah dihasilka.
Dan saiznya yang besar bukan disebabkan oleh sebahagian besar komponennya, tetapi sebenarnya ada kaitan dengan kepanasan luar biasa yang dihasilkannya.
Ketika PlayStation 5 dilancarkan, ukuran reka bentuk sistem generasi seterusnya oleh Sony ini benar benar mengejutkan ramai pihak.
Walaupun agak tipis daripada pesaingnya, Xbox Series X, namun apabila dalam keadaan ‘berdiri’, towernya lebih tinggi daripada Xbox Series X.
PS5 juga lebih besar daripada PlayStation 3. Bahkan ketinggian boleh dikatakan sama dengan beberapa pembersih vakum kat rumah korang.
Pemain konsol ini boleh meletakkan PS5 mereka berdiri atau berbaring di sisinya, tetapi – bagaimanapun juga – ia akan tetap juga memakan banyak ruang.
Reka bentuk konsol yang melengkung membantu menyembunyikan siluetnya sedikit, tetapi hakikatnya tetap: konsol ini sangat besar.
Sepintas lalu, itu adalah idea yang baik berkaitan dengan perkakasan yang terdapat di dalamnya.
Semakin besar sesuatu, semakin kuat, bukan?
Lebih besar adalah lebih baik, seperti kata pepatah orang putih.
Sudah tentu, kebenarannya sedikit lebih rumit daripada itu.
Ternyata, bukan ukuran dalaman yang penting tetapi kerana panas yang ia hasilkan.
Seperti yang dilaporkan oleh VG247, ukuran PlayStation 5 adalah ada kaitan langsung dengan haba / kadar kepanasan yang kuat yang dihasilkan oleh komponennya.
Size of that! Not sure it'll even fit in my TV unit. Bigger than the OG PS3, ffs #ps5 pic.twitter.com/dH8SQHL9Ze
— Phil S. (@milkand2sugars_) June 12, 2020
Matt MacLaurin, VP dari UX Design di PlayStation, yang berkongsi visi khusus mengenai PlayStation 5.
Menurut MacLaurin, susunan dalaman PlayStation 5 ibarat superkomputer kecil, dan teknologi canggih berjalan sangat panas, sehingga memerlukan ruang tambahan untuk menahan panas dari mencairkan sistem secara harfiah (atau merosakkan bahagian elektronik yang sensitif ).
PlayStation 5 menghasilkan banyak haba, dan kepanasan itu perlu dijaga, agar Sony tidak menghadapi situasi “Red Ring of Death” seperti yang menimpa Microsoft untuk sebahagian besar kitaran hidup Xbox 360.
Pengurusan haba sangat penting untuk menjaga sistem agar terus hidup.
Ia juga akan dapat memastikan sistem mereka berjalan selama berjam-jam dalam satu masa. Gamers Sudah tentu meluangkan masa yang panjang terutama sekali gamer tegar. Berjam jam lamanya.
Dan sistem perlu dapat menangani penggunaan ekstrim seperti itu tanpa terlalu panas dan sistem termati.
Oleh itu, ukuran besar PlayStation 5 adalah tindak balas langsung terhadap haba yang dihasilkan oleh konsol.
Komen MacLaurin juga diletakkan dengan nota yang menyatakan tentang pendekatan berhati hati oleh Sony.
Beliau menambah: “Teknologi ini masih baru sehingga menimbulkan banyak panas sehingga kita memerlukan ruang untuk mengeluarkannya.”
Komen beliau juga memberikan bayangan bahawa Sony sedang berusaha untuk mencipta teknologi khas bagi menghasilkan PS5 versi slim / langsing apabila konsol ini sudah dikeluarkan kelak dan mendapat maklumbalas daripada pengguna.
Namun adakah Sony akan terpaksa melupakan hasrat untuk menghasilkan PlayStation 5 versi slim? Kerana ianya mungkin berisiko?
Jadi, kepada korang yang mementingkan jangka hayat konsol korang, pasti akan berhati hati dalam menentukan sama ada nak versi besar ni atau slim – kalau versi slim tu nanti benar benar dihasilkan.
Rujukan: ScreenRant