Ini Sebab Thailand & Indonesia Tak Boleh Guna Bendera Negara Di Piala AFF 2020

Jika korang terperasaan, Thailand dan Indonesia kali ini menggunakan bendera persatuan dan dilarang menggunakan bendera negara mereka.

Ini kerana kedua dua negara dikenakan hukuman oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Indonesia dijatuhi hukuman tersebut berkuatkuasa pada 8 Oktober 2021, masih berterusan malah kesannya sudah mencecah Piala AFF 2020.

Di mana pasukan kebangsaan Indonesia tidak boleh dan tidak boleh mengibarkan bendera kebanggaan, Merah Putih dalam acara bola sepak paling berprestij di Asia Tenggara.

Berita kurang menyenangkan itu juga telah disahkan secara langsung oleh Pengarah Teknikal PSSI, Indra Sjafr, di mana bendera Merah Putih akan digantikan dengan bendera logo PSSI.

“Ya, betul, bendera itu akan digantikan dengan bendera berlogo PSSI,” kata Indra.

Bagi Piala AFF 2020, tiada ballboy yang membawa bendera setiap negara akan bertanding. Bendera peserta akan ditunjukkan pada skrin besar di tepi padang.

Thailand juga menerima hukuman yang sama seperti Indonesia dan telah pun merasai kesannya. Ketika pasukan kebangsaan Thailand menghadapi Timor Leste pada aksi pembukaan Ahad lalu.

Bendera negara mereka tidak kelihatan pada skrin, dan hanya tertera logo Persekutuan Bola Sepak Thailand.

Dan apabila Indonesia menghadapi Kemboja pada Khamis akan datang, perkara yang sama akan berlaku.

Dalam catatan rasmi AFF, kesemua menggunakan logo PSSI dan FA Thailand.

Sebelum ini Indonesia sudah dilarang menggunakan bendera negara mereka dalam kejohanan Piala Thomas.

Taufik Hidayat antara tokoh besar yang kecewa kerana Indonesia tidak dapat mengibarkan bendera Merah Putih di Piala Thomas. Lebih menyayat hati apabila Indonesia mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Thomas selama 19 tahun lamanya.

Indonesia turun beraksi bertemu China dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Thomas di Ceres Arena, dengan mereka akhirnya berjaya juga menundukkan kuasa besar dunia sukan badminton itu.

Kemenangan yang berjaya diraih oleh Jonatan Christie pada perlawanan ketiga berjaya membantu Indonesia untuk menamatkan kemarau 19 tahun mereka untuk menjulang Piala keramat dalam dunia sukan badminton itu.

Walau bagaimanapun, kegembiraan penyokong Indonesia untuk meraikan kejayaan mereka itu, sedikit terganggu dek kerana ketiadaan bendera merah putih.

Hal ini kerana bendera Indonesia di larang untuk berkibar di atas podium kejuaraan dan ia sebenarnya mencetuskan rasa tidak gembira para penyokong.

Larangan untuk mengibar bendera Indonesia di atas podium atau di arena adalah kerana hukuman yang dijatuhkan oleh WADA.

WADA merupakan badan Anti doping dunia dan mereka telah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Indonesia.

Larangan yang diberikan oleh WADA adalah disebabkan oleh tindakan Indonesia yang dianggap tidak mengikuti standard yang ditetapkan dalam mendapat hasil ujian yang lebih berkesan.

Antara kesan buruk dari larangan itu adalah Indonesia di larang sama sekali untuk mengibar bendera mereka di dalam stadium, tidak kira mereka menang atau kalah.

Atas sebab itu jugalah PBSI memutuskan untuk mengibar bendera mereka, ketika kontinjen Indonesia naik ke podium pemenang.

Hal itu menyebabkan Taufik Hidayat membantai semua pihak yang terlibat, dan menganggap kesalahan mereka sebenarnya memalukan negara.

“Selamat Piala Thomas cup kembali ke INDONESIA.. terimakasih atas kerja kerasnya team Bulutangkis Indonesia.”

“Tapi ada yang aneh, bendera merah putih ngak ada? Di ganti dengan bendera PBSI, apa ada dengan Ladi (Lembaga Anti Dadah Indonesia), dan pemerintah kita?”

“Khususnya Menpora (Menteri), Koni (Komite Olahraga Nasional Indonesia) dan Koi (Komite Olimpiade Indonesia). Kerjamh selama ini ngapain aja?”

“Bikin malu negara Indonesia aja, jangan ngerap mau jadi tuan rumah Olimpik atau Piala dunia, urusan kecil aja ngak bisa beres.”

Begitulah luahan hati Taufik Hidayat yang terkesan dengan isu ketiadaan bendera Indonesia ketika aksi penyampaian hadiah Piala Thomas.

Kenapa Indonesia dilarang guna bendera?

Indonesia tidak melihat kibaran bendera Indonesia dalam acara penyampaian hadiah kejuaraan di Aarhus, Denmark.

Sebenarnya ramai rakyat Indonesia sendiri kehairanan, sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan maaf di atas kekhilafan mereka dalam prosedur anti doping membuatkan perkara itu berlaku.

Ketua Umum PBSI Agung Firman Sampurna sudah mengesahkan tentang tentang perkara tersebut. “Kami tidak ingin menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Saya fikir kita semua sudah tahu apa yang menjadi penyebab hal ini.”

Sebelum ini, Badan Anti-Doping Dunia (WADA) telah menjatuhkan hukuman kepada Indonesia kerana tidak mematuhi peraturan anti-doping.

Seterusnya, Agung Firman mengesahkan bahawa beliau tidak memberitahu para pemain akan perkara itu.

“Kesan daripada tindakan WADA ini, kami tidak memberitahu anak-anak [ para pemain], jika mereka tahu, pasti mereka akan sedih. Saya telah memberitahu mereka untuk tidak memegang telefon bimbit mereka, hanya berkonsentrasi pada perlawanan kerana kita berpotensi untuk menang,” kata beliau sebelum ini.

Walaupun tidak dapat menerbangkan bendera Merah dan Putih di Piala Thomas, Agung tetap berharap BWF tidak akan melarang mereka menganjurkan Super Series Indonesia Open – Master – Challenge untuk tahun depan.

Sebilangan sekatan yang berpotensi diberikan oleh WADA adalah, Indonesia tidak boleh mengambil bahagian dalam tender untuk menjadi tuan rumah kejohanan Super Series atau mengambil bahagian dalam acara dari BWF selagi lagi penggantungan itu aktif.

Seterusnya, Indonesia tidak boleh mengibarkan bendera merah dan putih ketika menang dalam kejuaraan mewakili negara (Piala Thomas / Uber, Olimpik, Piala Sudirman, Kejuaraan Dunia, Kejuaraan Junior Dunia, Sukan Asia, dan Sukan SEA); dan tidak dapat memainkan lagu Indonesia Raya.

Hukuman kekal sampai tahun depan

Hukuman tersebut akan kekal bermula dari 8 Oktober 2021 sehingga 8 Oktober 2022. Kecuali WADA menarik atau mencabut semula hukuman tersebut. Menurut Agung, sekatan tersebut juga berlaku untuk semua sukan lain di Indonesia.

Badan Anti-Doping Indonesia (LADI) mengatakan telah menerima notis hukuman dari Badan Anti-Doping Dunia (WADA) dan meminta surat penjelasan mengenai status ketidakpatuhan yang diberikan kepada Indonesia, bersama dengan Thailand dan Korea Utara.

Menurut Wakil Ketua LADI, Rheza Maulana, mengatakan WADA telah mengirim surat ke Indonesia pada 15 September 2021 dan 7 Oktober. Surat itu menyatakan perbezaan rancangan ujian doping Indonesia pada tahun 2020 dan 2021.

Ujian yang dimaksudkan merangkumi tiga perkara, iaitu ujian biasa atau Out of Competition Testing (OCT), ujian PON, dan program 2022.

Rheza Maulana mengatakan bahawa Indonesia telah mengirim surat kepada WADA pada 8 Oktober. “Kami juga telah menerima surat WADA terbaru yang kami terima pada 9 Oktober 2021 sebagai notis rasmi,” kata Rheza.

Rheza mengatakan bahawa ada beberapa perkara penting yang dapat disampaikan dalam surat balasan dari WADA. “Pertama, Indonesia masih dapat melakukan PON dan ujian seperti biasa, dan ujian lebih lanjut dan kegiatan lain dapat dilakukan di bawah pengawasan Organisasi Anti-Doping Jepun,” katanya.

Dalam kes Piala Thomas, di mana Indonesia tidak dapat mengibarkan bendera Indonesia dan memainkan lagu Indonesia Raya, Rheza menyatakan mereka sudah cuba merayu namun WADA sudah membuat keputusan.

Untuk Piala Thomas kali ini Indonesia masih dibenarkan memakai lagu Indonesia Raya walaupun tanpa bendera keramat mereka.

Kes Indonesia ini mirip dengan Rusia yang dilarang untuk bertanding dengan panji Rusia.

Kisah Rusia pakai panji ROC

Ramai yang bertanya, kenapa Rusia menggunakan nama ROC pada olimpik kali ini. Rusia ataupun Kesatuan Rusia merupakan negara terbesar di dunia dengan keluasan kira kira 17 juta kaki persegi.

Dalam sejarah Olimpik mereka antara kuasa besar dalam sukan tersebut. Mereka mendapat tempat keempat dengan 56 pingat keseluruhan dalam Olimpik Rio 2016.

Namun kali ini, atlet dari negara Rusia tidak boleh bernaung di bawah panji Rusia mahupun menggunakan lagu kebangsaan negara Rusia. Sebaliknya mereka akan menggunakan nama ROC merujuk kepada Jawatankuasa Olimpik Rusia / Russian Olympic Committee.

Justeru, mereka bertanding atas tiket persatuan Olimpik negara tersebut dan bukannya mewakili negara. Olimpik adalah sukan sejagat dan tidak ada hak untuk melarang atlet bertanding dengan syarat mereka layak dan juga tidak digantung.

Sebaliknya dalam kes Rusia, negara Rusia pula yang digantung oleh IOC selepas didapati bersalah di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (CAS) kerana skandal program doping dadah yang sistematik dan sukar dikesan. Skandal tersebut digelar Sochi 2014.

Namun atlet Rusia kesemuanya berjaya membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dan tidak mengetahui bahawa barang terlarang itu ada dieletakkan dalam makanan, minuman ataupun ubatan mereka.

Sochi 2014

Rusia menubuhkan program doping yang ditaja oleh kerajaan di sebilangan sukan yang berbeza selama 50 tahun terakhir. Dan ia dibocorkan oleh whistleblower / pemberi maklumat.

Program tersebut malah digunakan oleh atlet dari negara lain, bukan sahaja Rusia. Agak mengejutkan, skandal ini melibatkan bekas pengarah makmal anti-doping nasional Rusia, Dr. Grigory Rodchenkov.

Walaupun tuduhan itu merangkumi pelbagai sukan dalam jangka masa yang panjang, terutama sekali berkaitan dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Laporan McLaren 2016, yang ditugaskan oleh WADA (Agensi Anti-Doping Dunia), menunjukkan bahawa “sistem failafe yang dikendalikan oleh negara dikendalikan untuk melindungi atlet Rusia yang meragukan”  agar ia menjadi “tidak diragukan lagi”.

Kesannya sebanyak 53 pingat emas Rusia ditarik balik termasuk 43 pingat Olimpik. Ianya penarikan pingat terbesar dalam sejarah sukan dunia terutama sekali Olimpik – bagi sebuah negara.

Ini bukan kali pertama Rusia kantoi doping. Malah pada Olimpik Beijing 2008, tujuh atlet mereka diarahkan pulang kerana gagal saringan dadah.

Mereka dilaporkan telah memanipulasi sampel air kencing ketika ujian doping dilakukan.

Rusia digantung

Rusia didapati bersalah oleh CAS pada 2020 yang lalu. Dan mereka melakukan beberapa siri kesalahan doping. Mereka digantung daripada kesemua acara kompetitif selama 2 tahun selepas pengurangan 2 tahun daripada hukuman sebenar yang mereka dapat pada 2019.

Tetapi bagi atlet mereka, para atlet boleh memilih untuk bertanding atas tiket bendera negara lain [berdasarkan peraturan imigresen dan kelayakan sesuatu negara] ataupun neutral.

Atlet Rusia menggunakan tiket bertanding di bawah panji ROC dalam Sukan Olimpik Tokyo serta Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Bukan itu sahaja, malah Rusia tidak boleh menggunakan bendera mereka pada Piala Dunia 2022. Kerana negara tersebut sudah digantung.

CAS menegaskan bahawa, atlet mereka seharusnya diberikan peluang untuk bertanding jika mereka tidak tertakluk kepada mana mana penggantungan. Namun tidak boleh bertanding atas tiket Rusia sebaliknya atas tiket neutral — tegas CAS.

ROC dan lagu khas

Bendera ROC adalah berunsurkan olimpik dengan warna merah puting dan biru. Dengan warna bendera Rusia dilihat di atas gegelung olimpik tersebut.

Jika ada atlet mereka memenangi pingat emas, lagu kebangsaan negara Rusia tak akan berkumandang, sebaliknya mereka akan menggunakan lagu yang dicipta oleh Pyotr Tchaikovsky.

Pada April penggunaan ROC dari segi panji serta lagu telah diumumkan oleh presiden jawatankuasa Olimpik Rusia Stanislav Pozdnyakov.

Pozdnyakov berkata: “Seperti mana sekarang, pasukan Olimpik kita akan mengekalkan identiti dan elemennya. Kita ada bendera ROC dengan tricolor. Kita ada kelengkapan khas dengan warna yang mudah dikenali oleh rakyat kita serta masyarakat lain di seluruh dunia, tak perlu kita menerangkan lebih terperinci.”

“Kita juga sudah memutuskan lagu rasmi kita pada temasya itu nanti.”

IOC sudah menyatakan bahawa, larangan penggunaan bendera Rusia namun mereka dibenarkan menggunakan warna negara mereka sebagai warna jersi ataupun kelengkapan atlet.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa