Ini Sebab Toni Kroos Diboo Peminat Saudi Setiap Kali Sentuh Bola

Toni Kross diboo setiap kali dia menyentuh bola dalam aksi semifinal Piala Super Sepanyol yang dilangsungkan di Arab Saudi.

Di mana Real Madrid melepasi separuh akhir tersebut untuk menentnag Barcelona dalam perlawanan akhir.

Kenapa peminat Arab Saudi bencikan Toni Kroos?

Semuanya gara gara komen pemain itu yang dianggap melampau biadap ke atas negara Arab Saudi dan juga mengejek Liga Pro Saudi.

Beberapa bulan lalu, Toni Kroos berkata dia tak suka dengan negara Arab Saudi. Dan mengingatkan kelab kelab di Arab Saudi agar tidak membuang masa mahu memancing khidmatnya.

Ini kerana menurut Toni Kroos, Arab Saudi negara penindas rakyat sendiri dan paling tidak mengamalkan hak asasi manusia.

Jerman terutama sekali pemain pemain  bola sepak mereka antara yang paling lantang mengecam negara negara Arab dan negara Islam yang tidak menyokong hak kebebasan seperti kahwin sesama sejenis dan sebagainya.

Mereka turut mengadakan protes atas padang ketika Piala Dunia 2022 di Qatar.

Bukan itu sahaja, Kroos turut mengecam tindakan pemain berusia 21 tahun, Gabri Veiga yang menyertai Al Ahli dari Celta Vigo. Melabel tindakan itu memalukan.

Bercakap kepada Sport Illustrated pada Ogos, Kroos berkata: “Semua orang harus membuat keputusan sendiri, seperti Cristiano Ronaldo yang memilih untuk berbuat begitu pada akhir kariernya.

“Ianya sukar diterima apabila pemain yang masih di pertengahan usia karier mereka yang ada kualiti bermain dengan kelab terbaik di Eropah memutuskan untuk ke Arab Saudi.

“Dan mereka berkata kononnya atas sebab kesukanan untuk mencuba bermain di sana. Namun hakikatnya mereka mengejar wang semata mata. Rumusannya, keputusan dibuat sebab wang, ini bertentangan dengan bola sepak.

“Dan ini permulaan kesukaran dalam bola sepak yang kita minat dan sayang selama ini.”

“Saya tak akan pernah pergi ke Arab Saudi sebab mereka kurang hak asasi kemanusiaan di sana.”

Peminat Arab Saudi mengingatka Kroos jangan lupa apa yang negaranya pernah buat kepada dunia sebelum ini.

Sambil menegaskan bahawa Saudi antara negara yang paling selamat di dunia. Undang undang dibuat sesebuah negara adalah untuk dihormati.

Kroos tetap memberikan respon tenang kepada boo yang dia terima sambil menyatakan: “Ianya sangat menyeronokkan hari ini. Sorakan penyokong hebat sekali.”

Walaupun Kroos menuduh negara Arab Saudi tidak menghormati hak kebebasan. Dia masih tetap dibenarkan bermain di sana walaupun terang terang memperjuangkan pelangi dan juga pernah mengecam negara tersebut dari sudut politik.