Dalam bola sepak moden hari ini, kesetiaan adalah perkara yang sukar untuk dicari. Namun Freiburg ada seorang insan bernama Christian Streich.
Dia merupakan pengurus Freiburg sejak 2011. Dan dia akan meninggalkan kelab itu selepas tamat musim ini.
Kesetiaan Streich turut dihargai oleh peminat pasukan lawan. Di mana aksi menentang skuad Heidenheim, pengurus itu menerima sorakan dan tifo daripada penyokong pelawat, Ultras Heidenheim.
Tifo itu bertulis: “Kesetiaan dan kejujuran. Malangnya ia sukar ditemui [dalam bola sepak]. Jaga diri kamu Christian”
Schöne Botschaften aus beiden Fankurven nach dem letzten Heimspiel von Freiburgs Trainer-Legende Christian Streich und dessen Co-Trainer Patrick Baier gegen den 1. FC Heidenheim (1:1) pic.twitter.com/rT9E9KXNiP
— Emathion™ 📯 (@emathion) May 11, 2024
Streich sangat setia dengan Freiburg. Dia sebelum ini pernah dikaitkan dengan jawatan di Jerman, namun dia menolaknya walaupun gaji ditawarkan lebih besar. Kerana setianya hanya untuk kelab itu.
Banyak juga kelab lain yang cuba memancingnya ketika kariernya. Tetapi cintanya hanya untuk Freiburg.
Streich benar benar emosional dalam acara perpisahan khas itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dan menyayanginya.
Abschied einer Legende! 😢👋 Christian Streich verabschiedet sich bei seinem letzten Heimspiel als Trainer des SC Freiburg. Emotionale Worte für die Fans: "Dankeschön für euer Herz, eure Liebe und eure Leidenschaft." ❤️🖤 pic.twitter.com/kGeHajplie
— Sky Sport CH (@SkySportCH) May 12, 2024
Streich berada di Freiburg sepanjang kariernya sebagai jurulatih. Dia juga pernah bermain untuk kelab itu pada 1987-88.
Kembali menjadi pengurus Freiburg B-19 pada 1995 sebelum dinaikkan pangkat kepada pembantu jurulatih pada 2011.
Ini selepas prestasi cemerlangnya ketika mengendalikan skuad pembangunan. Dia membantu skuad muda Freiburg menang Bundesliga Junior. Kemudian membantu skuad B-19 menjadi juara Bundesliga B-19.
Tahun yang sama dia dilantik menjadi pengurus Freiburg. Ianya selepas Marus Sorg dipecat kerana krisis prestasi.
Sejak itu dia menempuh suka duka bersama dengan kelab itu. Ketika awal kariernya, dia menjadikan Matthias Ginter sebagai senjata utamanya dalam skuad. Ayam tambatannya ketika di skuad B-19.
Dia membantu menyelamatkan Freiburg daripada penyingkiran walaupun menerima jawatan itu ketika skuad itu bergelut di zon penyingkiran. Kejayaan mencipta rekod 9 kemenangan berturut turut juga sangat penting membantu mereka selamat.
Musim berikutnya, 2011/12, dia membantu Freiburg menamatkan musim di tangga ke-12. Diikuti dengan pencapaian luar biasa berada di 5 teratas pada musim 2012/13. Penamat terbaik mereka sejak 1994/95.
Kejayaan itu membantu mereka layak ke Europa League. Kejayaan yang pertama kali mereka lakukan sejak kali terakhir beraksi di situ pada 2001/02. Mereka sebenarnya hampir layak ke UCL, namun gagal menewaskan Schalke pada hari terakhir Bundesliga.
Musim 2012/13 juga mereka mara ke separuh akhir DFB Pokal buat pertama kali dalam sejarah. Namun disingkirkan musuh setempat mereka VFB Stuttgart.
Kemudian pada musim 2013/14 ianya bukan musim yang baik kerana mereka menamatkan musim di tangga ke-14.
Kemerosotan prestasi mereka terus berlaku apabila musim berikutnya mereka tersingkir ke 2.Bundesliga.
Namun begitu kelab terus memberikan kepercayaan kepada Streich dan dia membantu kelab itu layak ke Bundesliga sekali lagi setelah menjuarai Bundesliga 2 pada 2014/15.
Musim pertama pulang ke Bundesliga, Streich membantu kelab menamatkan musim di 7 teratas. Ianya pencapaian yang bagus sebagai kelab kerdil. Kejayaan itu membantu mereka layak ke Europa League.
Musim 2021/22, mereka memperbaiki kedudukan kepada tangga keenam dan diikuti tangga kelima musim 2022/23. Dia memastikan kelab itu mara ke Europa League untuk 3 musim berturut turut.
Dia kemudian mengumumkan akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini. Ramai yang menghargai jasanya selepas 12 tahun menjadi pengurus mereka.
Streich sangat disenangi oleh peminat Freiburg. Dia membantu peminat kelab itu merasai malam eropah, menjelajah ke stadium ikonik di Eropah. Selepas 12 tahun dia meninggalkan Stadium Freiburg sempena ulangtahun ke-120 kelab itu.
An emotional Christian Streich graces the sideline for the last time at home as the Freiburg stadium is dressed in celebration of their 120th anniversary ⚫️⚪️
Poetic reception 🥺#SCFFCH pic.twitter.com/57yCDpP38a
— DW Sports (@dw_sports) May 11, 2024
Sebagai seorang insan, anaknya memuji ayah mereka sebagai seorang ayah yang sabar dan baik. Ketika dia menjadi peminat Freiburg, dia suka datang ke stadium dengan berbasikal sejauh 12 km.
Rakan rakannya menggelarkan dia sebagai lelaki normal yang tidak ada tatu atau tindik telinga.
Antara kejayaan individu dia menangi adalah, Anugerah Pengurus Terbaik Bundesliga Pilihan GOAL Jerman 2011/12, Pengurus Terbaik Jerman 2012/13 Pilihan Kicker. Pengurus Terbaik Bundesliga 2021/22 Pilihan VDV dan Pengurus Terbaik Jerman 2022 pilihan DFB.
Inilah hadiah perpisahan daripada peminat Freiburg kepada Streich yang setia dan disayangi.
Danke Christian Streich! Danke Patrick Baier! ❤️🥲 pic.twitter.com/BctJ8d3laA
— SC Freiburg (@scfreiburg) May 11, 2024