Ini Senarai Pemain Yang Menjadi ‘King’ Beberapa Statistik Di Peringkat Kumpulan UCL

Liga Juara Juara Eropah sudah menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Whoscored menyenaraikan pemimpin dalam beberapa statistik di atas padang.

1. Paling tajam – Erling Haaland

Erling Haaland menjadi pemain paling tajam dalam peringkat kumpulan dengan menjaringkan enam gol keseluruhannya setakat ini.

Penyerang muda Borussia Dortmund ini terus meningkat naik.

Haaland bukan sahaja lasak, namun memiliki kepantasan ketika dengan bola.

Terbaru, ejen beliau, Mino Raiola mengecam Ole Gunnar Solskjaer secara tiba tiba, hanya kerana Ole membandingkan Haaland dengan Lukaku.

Raiola tak setuju dan menganggap Haaland adalah pemain cepat matang dan hanya boleh dibandingkan dengan Zlatan Ibrahimovic dan Ronaldo Fenomeno masa muda.

Sebagai nota tambahan: Lukaku pecat Raiola taun lepas. Kalau tak mungkin lain dia cakap.

2. Paling kreatif – Juan Cuadrado

Mungkin ini paling mengejutkan. Tetapi Juan Cuadrado menjadi pemain paling kreatif di peringkat kumpulan musim ini.

Pemain Colombia yang beraksi untuk Juventus ini menyumbang 6 assist keseluruhannya.

Cuadrado boleh bermain di mana mana posisi di bahagian sayap. Beliau nampaknya telah meningkat naik di bawah Andrea Pirlo.

3. Penghantar bola paling bahaya – Lionel Messi

Lionel Messi menjadi pemain yang memiliki hantaran paling bahaya. Di mana pemain ini sekarang ini mencipta  16 hantaran bahaya  / key passes kepada rakannya.

Jelas menunjukkan Lionel Messi bukannya hanya kemaruk nak skor, tetapi dia juga masih ingat soal playmaking dan mencipta peluang kepada rakan rakannya yang lain.

4. Paling lincah – Lionel Messi

Lionel Messi selepas 6 perlawanan melengkapkan 23 gelecekan yang sukses. Menjadikannya pemain paling banyak melepasi lawan dengan menggelecek mereka.

Messi dikenali dengan fake body feint yang luar biasa. Pada awal musim dia hampir meninggalkan Barcelona.

Mujur dia tak berbuat demikian. Kalau tak, memang Barcelona sangat struggle. Lihat sahaja sekarang ini, Barcelona sangat bergantung kepada Lionel Messi.

5. Paling ampuh – Rafael

Bekas bintang Manchester United, Rafael Da Silva ketika ini menjadi pertahanan paling ampuh.

Di mana beliau melakukan 21 bentesan tepat dan bersih sepanjang pusingan awal Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Rafael bermain untuk Istanbul Basaksehir dan beliau beraksi cemerlang ketika berdepan dengan kelab lamanya pada perlawanan ketiga.

6. Paling bijak bertahan – Cristian Romero

Cristian Romero adalah idaman pengurus taktikal moden. Beliau memang beraksi dengan team yang high pressing pun sekarang iaitu Atalanta.

Pemain dari Argentina ini melakukan 24 pintasan daripada 6 perlawanan. Purata 4 pintasan berjaya setiap perlawanan.

Pemain ini dipinjam oleh Atalanta dari Juventus dengan opsyen pembelian tetap.

7. Paling tangkas – Manuel Neuer

Manuel Neuer menjadi penjaga gol yang paling tangkas bak aksi kucing, dengan melakukan 27 saves dalam pusingan awal Liga Juara Juara Eropah.

Walaupun usianya semakin meningkat namun prestasinya  di atas padang terus cemerlang dan bergetah.

Rumusan

Lionel Messi masih menjadi pemain yang sangat hebat dalam dua aspek permainan.

Agak mengejutkan kerana tiada senarai pemain  EPL di dalam senarai pada kali ini.

 

Baca yang lain