Bruno Guimaraes tidak dapat menahan air matanya dan menjelaskan betapa berharganya pilala carabao itu kepada peminat Newcastle.
Newcastle menewaskan Liverpool pada aksi final di Wembley hasil jaringan Dan Burn dan Alexander Isak yang dibalas gol lewat Federico Chiesa.
Kemenangan itu menamatkan kemarau kejuaraan trofi domestik sejak 70 lamanya untuk kelab yang sarat dengan sejarah dan antara kelab yang memiliki penyokong terbesar di England itu.
Guimaraes berkata dia pasti akan meninggalkan Newcastle suatu hari nanti namun dia mahu namanya diingati dan dinyanyikan sebagaimana peminat menyanyikan lagu Shearer.
Guimaraes berkata: “Ia adalah salah satu hari terbaik dalam hidup saya. Mereka [penyokong Newcastle] layak mendapatnya. Bagi mereka ini seperti Piala Dunia.
“[Ini juga buat] mereka yang telah meninggal, mereka yang telah dewasa dan mereka tidak berkesempatan melihat Newcastle sebagai juara.
“Suatu hari nanti apabila saya meninggalkan kelab ini, saya mahu peminat menyanyikan nama saya seperti yang mereka lakukan kepada Shearer.”
Kejayaan ini menandakan kejayaan era baharu Newcastle di bawah pemilikan konsortium dari Saudi. Mereka sebelum ini berjaya beraksi di UCL dan kini menjadi juara piala liga Inggeris.
Kejayaan ini juga membantu mereka mengesahkan satu slot ke UEL musim hadapan. Namun mereka masih dalam persaingan yang sengit untuk ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.