Ini Transkrip Himpunan Kata Kata Makian Slot Ke Atas Michael Oliver

FA England akhirnya mengeluarkan  ranskrip audio kata kata kesat Arne Slot kepada pengadil Michael Oliver ketika dia dilayangkan kad merah pada wisel penamat di antara Everton vs Liverpool.

Slot tidak berpuas hati dengan pengadil yang dituduh memberikan segala kelebihan untuk Everton yang menjadi punca mereka seri.

Gol pertama Everton adalah daripada sepakan percuma yang sepatutnya tidak diberikan kepada Everton. Sementara gol penyamaan lewat Everton pula berlaku selepas Mo Salah dikasari pada fasa awal serangan balas Everton.

Slot menghampiri pengadil yang bertugas. FA menulis bahawa pengurus Liverpool itu menghampiri pengadil dengan cara biadap dan agresif.

https://twiitter.com/i/status/1889816854861947287

Slot didakwa telah bertindak provokatif dan mengeluarkan kata kata kesat kepada pengadil perlawanan.

Dia berkata: ‘F****ing berikan keputusan semua memihak mereka [Everton],”

Slot juga berharap: “Saya harap kamu [pengadil] rasa bangga dengan mutu pengadilan kamu.”

Pengadil kemudian menyatakan bahawa dia cuba menjelaskan kepada Arne Slot tentang apa yang berlaku namun Slot sekali lagi bertindak agresif dan berjabat tangan dengan pengadil dengan kasar dan berkata: “Kalau kami tak menang liga, saya akan [f word] salahkan kamu.”

Seterusnya Arne Slot berpaling kepada pengadil VAR dan berkata: “Ini benar benar memalukan [dengan F word].”

Oleh sebab itu Arne Slot dilayangkan kad merah yang dirasakan tepat di atas tindakannya yang terlalu menekan dan biadap ke atas pengadill.

Arne Slot dan pembantunya dilayangkan kad merah dan digantung untuk 2 perlawanan.

Slot membantah keputusan FA England dalam rayuannya. Dan menegaskan bahawa ayatnya telah diputar belitkan. Slot telah mempertikaikan alasan FA untuk hukuman itu.

Sebagai tindak balas kepada komennya yang didakwa terhadap Oliver, Slot menyatakan bahawa dia sebenarnya berkata “Jika kami tidak memenangi liga, saya harus mengucapkan terima kasih kepada kamu untuk itu”.

https://twitter,com/i/status/1896972118979485735

Pada sidang akhbar bulan lalu, Slot berkata: “Emosi menguasai saya. Jika saya boleh melakukannya dengan cara yang berbeza, jika saya melihat ke belakang, saya akan suka melakukannya dengan cara yang berbeza dan saya berharap untuk melakukannya secara berbeza pada masa akan datang.”