“Ini Untuk Kamu Kenny Dan Stevie,” Bercucuran Air Mata Klopp

“Kamu berdua memudahkan tugas saya untuk memotivasikan pemain, kerana budak budak ni semua mengagumi kami,” tegas Jurgen Klopp dalam nada sebak ketika bercakap di Sky Sports.

Kekalahan Manchester City kepada Chelsea bermakna pasukan Liverpool dinobatkan sebagai juara dengan baki tujuh perlawanan lagi.

Liverpool sebelum ini menang ke atas Crystal Palace dalam aksi yang sangat cemerlang. Di mana Liverpool menang 4-0 dalam aksi tersebut.

Klopp kekalahan City dengan para pemainnya di sebuah hotel di Liverpool, dan menahan tangis sebaknya di Sky Sports, ketika dia memuji pencapaian para pemainnya.

“[Malam ini] sungguh tegang, tetapi ini adalah pencapaian luar biasa oleh para pemain saya. Apa yang telah mereka lakukan dalam dua atau tiga tahun kebelakangan ini sangat luar biasa dan sangat menggembirakan saya untuk melatih mereka.”

“Lega kerana gangguan selama tiga bulan ini, di mana tidak ada yang tahu bagaimana ia akan berlaku dan tidak ada yang 100% seperti apa ketika kita kembali. ”

“Saya sangat gembira dengan aksi pasukan kami semalam kerana ia memberikan saya perasaan 100% bahawa kami akan baik-baik saja.”

“Ini untuk anda di luar sana. Ia luar biasa. Saya harap anda tinggal di rumah dan meraikannya. Kami melakukannya bersama pada masa ini, dan dengan sukacitanya dapat melakukannya untuk anda. ”

Kenny Dalglish turut muncul di Sky dalam temuramah itu. Klopp lantas memberikan penghormatan kepada mereka yang telah berada di Anfield lebih dahulu daripadanya.

Sebelum kehadiran Klopp, Kenny Dalglish adalah pengurus terakhir memberikan Liverpool kejuaraan liga dan King Kenny jugalah pengurus terakhir memberikan Liverpool piala iaitu Piala Liga, sebelum era Klopp.

Bagi Klopp, jiwa Liverpool dibina di atas semangat yang ada pada Kenny Dalglish dan Steven Gerrard.

Walaupun agak malang buat capten marvel Liverpool – Stevie G – tidak pernah merasai kejuaraan liga.

Namun Gerrard telah setia bersama Liverpool dalam panas, hujan, badai dan halilintar sekalipun.

Oleh sebab itu Klopp menyatakan para pemain Liverpool yang ada di bawah bimbingannya memiliki jiwa itu dan mudah baginya untuk memberikan motivasi kepada mereka.

“Ini untuk anda juga Kenny, anda harus menunggu selama 30 tahun sebelum kelab anda dapat merebut kembali gelaran ini.”

“Ini untuk Stevie [Gerrard]. Ia dibina di atas jiwa anda Kenny, di kaki Stevie.”

“Budak budak [para pemain] di situ mengagumi anda dan mudah bagi saya untuk memotivasi pasukan kerana sejarah kami yang hebat.”

Sejak mengambil alih Liverpool, Klopp membantu Liverpool merembat

  • 1 Liga Juara Juara Eropah
  • 1 Liga Perdana Inggeris
  • 1 Piala Dunia Kelab
  • 1 Piala Super Eropah

Kepada fans Liverpool yang nak pakej kejuaraan dengan buku dan baju khas, sila:

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.