Buka semula Amerika Syarikat (AS)! Teriak para penunjuk perasaan yang marah dengan dasar kerajaan mengarahkan lockdown kerana covid-19.
Mereka menyatakan, mereka mahu kembali bekerja semula. Di media sosial mereka menaikkan post dengan tanda pagar #ReOpenAmerica
“Semua perniagaan adalah keperluan,” tegas seorang penunjuk perasaan yang mempertikaikan kenapa tak semua kedai diarahkan buka, hanya kedai keperluan sahaja.
Di Denver, jurugambar Alyson McClaran berjaya merakamkan detik di mana jururawat terpaksa turun ke jalanraya untuk menghalang penunjuk perasaan ini.
Para penunjuk perasaan marah dengan tindakan petugas kesihatan tersebut dan memaki hamun mereka.
Mereka mengeluarkan kata kata kesat dan menuduh para petuga kesihatan tersebut menyokong komunisme dan mencabuli demokrasi.
Mereka terus mendesak agar kedai dibuka semula kerana ramai yang nak pergi membeli barang dan menggunting rambut.
Kau bayangkan, selepas penat bekerja sepanjang minggu, para frontliners ini terpaksa turun ke jalanraya dalam keadaan letih.
Jam mereka harus berehat digunakan menghalang para penunjuk perasaan. Ini untuk memberitahu mereka bahawa pentingnya penjarakan sosial dan juga kepentingan shutdown pada masa ini.
Para penunjuk perasaan menaikkan plakad ‘Land of the free” ataupun bahawa Melayunya “Negara Bebas.”‘
Mereka juga mengibarkan bendera AS dan ada yang memakai baju T bendera AS.
Seorang wanita pertengahan usia, menghampiri jururawat yang berdiri cuba menghalang mereka dengan menjerit: “Pergi ke China sekarang! Jika kau sokong komunisme, kau berambus ke China sekarang.”
“Sekarang ini, buka balik bandar ini dan pergi kerja.”
Wartawan The Guardian menganggap senario itu antara yang paling gila pernah disaksikan mereka.
More below.
Photos by Alyson McClaran: https://t.co/jAEdZSBAsJ pic.twitter.com/BAa0eNEaQK
— keyvan (کیوان) (@shafieikeyvan) April 19, 2020
Puak anti lockdown ini melakukan protes dengan van, motosikal, bas, malah ada yang menunggang kuda dengan baju koboi sambil mengibarkan bendera Amerika Syarikat.
Mereka juga tidak menghiraukan langkah pencegahan, termasuk tidak memakai topeng dan tidak melakukan penjarakan sosial.
Satu lagi sumber menyatakan, ada penunjuk perasaan memberikan tepukan mengejek jururawat yang cuba menghalang mereka dengan mengucapkan ‘Tahniah’ kerana menentang demokrasi.
Itu belum gila lagi. Laporan oleh The Guardian menyebut, mereka menemui seorang penunjuk perasaan, dan dia percaya lockdown ini adalah salah satu sabotaj kepada pentadbiran Trump.
Lockdown akan membuatkan ekonomi di bawah pentadbiran Trump menjadi lumpuh. Ini akan membuatkan pilihanraya presiden baharu akan dibuat.
Rata rata yang membantah lockdown ini kebanyakan mereka penyokong Trump sendiri.
Mereka juga memberitahu bahawa, mereka semua mengamalkan cara hidup sihat dan bersih seperti kerap mencuci tangan. Jadi, buat apa nak takut kepada virus.
“Aku bertanggungjawab menjaga diri sendiri dan kamu bertanggungjawab menjaga kamu sendiri,” tegas mereka.
Lalu mereka menyatakan, ketakutan kepada koronavirus hanyalah satu panik yang tidak berasas.
Lain macam pekat mereka ni, tak campur air langsung.
Petugas kesihatan tu yang akan merawat korang kalau sakit. Semalam NY Post melaporkan di Kentucky, spike tertinggi kes baharu berlaku selepas perarakan protes meminta Kentucky dibuka semula.