Ini Yang Sancho Berikan Dalam Masa 45 Minit Sahaja, Luar Biasa!

Ianya bukan aksi terbaik Chelsea, namun secara individunya, Jadon Sancho memberikan impak yang dimahukan oleh Chelsea.

Chelsea sudah lama kehilangan sentuhan seorang playmaker yang kreatif dan mampu memberikan ancaman secara gerakan atau hantaran.

Sancho memberikan dua pakej itu sekaligus dalam aksi antara Chelsea dan Bournemouth semalam. Membantu pasukannya menang 1-0 di tempat lawan.

Secara statistik Sancho menjadi pemain paling banyak mencatatkan hantaran ke final third. Dengan 17 hantaran ke final third dibuat. 15 daripadanya adalah tepat.

Kemudian, Sancho menjadi pemain paling banyak mencipta peluang gol dengan ciptaan 2 peluang gol. Dia juga turut melakukan 2 gelecekan berjaya melepasi lawan dengan 4 kali memenangi kembali bola tersebut.

Semua itu dilakukan Sancho dalam masa 45 minit aksinya di atas padang. Angka itu semua menjadikan dia sebagai pemain terbaik perlawanan.

Enzo Maresca sendiri memuji Sancho dengan berkata: “Saya ada perasaan bahawa Jadon adalah pemain yang perlukan kasih sayang. Ini yang saya rasa ketika saya mula mula bercakap dengannya.

“Dan saya juga tahu dia ada keinginan untuk menunjukkan kualiti dia. Bagi saya, ianya adalah untuk menikmati sahaja bola sepak.”

Sancho akui gembira kerana akhirnya berpeluang untuk menunjukkan kualitinya di atas padang. Dia menyatakan bahawa dia sudah bekerja keras untuk momen seperti ini.

Sancho berkata: “Saya sudah bekerja keras untuk momen seperti ini, dan saya sangat gembira dengan peluang yang saya ada. Saya sangat gembira di sini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua jurulatih dan rakan sepasukan saya.

“Sejak hari pertama lagi saya tiba di sini mereka membuatkan saya rasa diterima dan saya sangat gembira kerana rasa sangat selesa.”