Inikah Jersi Negeri Sembilan Dengan ‘Keras Dan Melawan’ Tajaan Gambir Emas?

Ketika ini liga Malaysia 2019 telah melabuhkan tirainya dan semua pasukan sedang bersiap siaga membuat persiapan bagi menghadapi Liga Malaysia 2020 dengan menandatangan pemain baru dan melepaskan pemain lama.

Pasukan Liga Super, Selangor dan Kedah antara pasukan yang aktif dalam menyiapkan pasukan. Dalam pada itu ada juga beberapa pasukan sedang berusaha mendapatkan penajaan bagi memperkasakan pasukan masing-masing.

Penajaan merupakan satu aspek paling penting dan getir dalam bola sepak Malaysia untuk kelangsungan pasukan menghadapi musim yang panjang untuk menampung kos operasi dan gaji pemain.

Sekarang ini tengah hangat bertebaran khabar angin berkait Gambir Emas Trading yang mahu menjadi penaja kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan. Namun pihak PBNS masih belom mengeluarkan sebarang kenyataan berkait isu ini..

Pengarah Urusan OAR Teguh Sdn. Bhd, Mohd Omar Mohd Ali melalui laman bukunya telah memuat naik gambar contoh jersi Negeri Sembilan musim hadapan jika perjanjian dimeterai.

“Ini CONTOH je, kalau jadi, alhamdulillah. Semangat anak jati N9. Lahir di Jelebu, sekolah di Jelebu, membesar di Jelebu, berniaga di Seremban 2.”

“Demi pembangunan bola sepak N9. #merah #kuning #hitam *Jangan kecam, jangan marah.”

Inilah gambaran Jersi pasukan Negeri Sembilan pada musim hadapan sekiranya perjanjian penajaan ini ditemetrai. Cantik juga contohjersi baru yang di reka oleh pihak Gambir Emas Trading.

Masih mengekalkan warna asal Negeri Sembilan iaitu kuning, merah dan hitam.

Terdapat jersey untuk Home, Away dan Third kit yang di mungki akan digunakan oleh pasukan Negeri sembilan pada musim hadapan jika perjanjian ini ditemetrai.

Kita pernah lihat sebuah syarikat kosmetik Qu puteh pernah menaja pasukan bola sepak Negeri Kelantan. Ketika dibawah penajaan syarikat itu kita boleh lihat para pemain kelantan mempromosikan product Qu puteh dengan meniru gaya sensasi Pemiliknya dengan cara sengetkan kepala letakkan jari di pipi kiri dan kanan sambil menyebut” Qu puteh Qu Puteh baru lah putehhhh”.

KOTA BHARU 11 FEBRUARY 2016. ( KBE892C / KBB318Q ) Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida bersama pemain pasukan Kelantan memperagakan jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) di majlis pelancaran jersi itu di Pusat Dagangan Kelantan (KTC). STR/FARIS ZAINULDIN.

Jadi apakah gaya promosi yang bakal di lakukan oleh pihak Gambir Emas untuk mempromosi kan product mereka sebagai ganjaran menjadi penaja rasmi kepada pasukan.

Semoga saja mereka tidak meminta untuk mendapat slot iklan begitu. Kami doakan yang terbaik buat pasukan Negeri Sembilan dan Gambir Emas Trading temui kata sepakat dan maju bersama.

Sebelum gambar contoh jersi ini dikeluarkan, Mohd Omar Mohd Ali telah membuat satu hantaran di laman mukabuku juga mengenai jalinan kerjasama antara Gambir Emas dan PBNS.

“In shaa Allah, doa2kan. Harap menjadi realisasi. GAMBIR EMAS X PBNS.”

Rhino beberapa minggu lalu telah menarik dari menjadi penaja utama pasukan Negeri Sembilan selepas setahun menjadi penaja walaupun mempunyai kontrak selama 2 tahun untuk menaja pasukan negeri Sembilan dengan nilai tajaan dua juta ringgit malaysia.

Pelbagai isu timbul antara Pbns dan Rhino tidak kira siapa salah dan siapa betul sekiranya benar Gambir emas akan jadi penaja untuk pasukan musim hadapan semoga semuanya dipermudahkan buat PBNS dan Gambir EmasTrading.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan