Rusuhan baru-baru ini di Delhi telah dikatakan sebagai salah satu yang paling buruk negara India melibatkan kaum.
Hampir 42 orang dilaporkan mati dengan lebih daripada 200 lagi cedera sejak pergolakan bermula di timur laut Delhi.
Di tengah-tengah kekacauan dan rusuhan itu, terdapa dua wira berani iaitu seorang bapa dan anak lelaki yang berbangsa Sikh pergi keluar dari jalan untuk membantu berpuluh-puluh orang Muslim yang terperangkap di kawasan tersebut semasa pertempuran.
Seperti yang dilaporkan oleh HuffPost, lelaki bernama Mohinder Singh dan anaknya Inderjit Singh menggunakan motosikal Bullet.
Mereka berdua berulang alik mengangkut sekitar 60-80 jiran mereka yang beragama Islam ke tempat yang selamat.
Namun keadaan semakin tak terkawal. Dan mereka berdua telah memutuskan untuk menyelamatkan jiran mereka, kerana sedar nyawa jiran mereka dalam bahaya.
Pada masa yang sama, nyawa mereka berdua pun dalam bahaya.
Mohinder Singh menyatakan, beliau dan anaknya bukan melihat agama apa, namun hanya menyelamatkan manusia dan jiran mereka. Yang kebetulan di kawasan itu ramai jiran mereka beragama Islam yang diburu oleh ekstremis Hindu.
Mohinder berkata: “Saya tidak melihat sama ada kamu Hindu atau Muslim,” kata Singh, yang mengusahakan kedai elektronik dan merupakan seorang bapa kepada dua orang anak – menurut Huffpost.
“Saya ketika itu melihat orang ramai. Saya melihat kanak-kanak kecil. Saya merasakan mereka adalah anak-anak saya dan saya tak nak ada apa – apa yang perlu berlaku kepada mereka.”
“Kami melakukan ini kerana kita semua harus berperikemanusiaan dan membantu mereka yang memerlukan. Apa lagi yang boleh saya katakan? ” katanya.
Dalam masa kurang dari satu jam, kedua-dua anak beranak itu membuat lebih daripada 20 ‘trip’ untuk membantu mengangkut mereka yang beragama Islam yang terperangkap di tengah rusuhan.
Mereka berdua memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat. Ada yang terpaksa memakai turban Sikh untuk mengelakkan mereka dikenali sebagai orang Islam. Ianya demi menyelamatkan diri.
Beberapa minggu lalu, Gokalpuri telah berlaku beberapa keganasan yang paling teruk dalam tiga hari rusuhan, yang menyebabkan hampir 40 orang mati.
Ketua konstabel Ratan Lal meninggal akibat kecederaan peluru ketika rusuha. Kedai-kedai orang Islam, rumah-rumah dan masjid dibakar dan dijarah di kawasan itu.
Mohinder Singh memberitahu pemberita bahawa segalanya bermula dengan orang-orang yang taksub memuji Perdana Menteri Narendra Modi dan menyeru agar “pengkhianat” ditembak.
Kebencian itu semakin membuak buak di antara mereka dan mereka mulai menyerang orang Muslim, sedangkan mereka satu negara yang sama.
Mohinder dan anaknya ketika itu mulanya mahu mendapatkan kereta di rumah mereka. Kerana waktu itu mereka berada di kedai. Namun keadaan sangat cepat berlaku dan sukar.
Maka, dia dan anaknya menggunakan sahaja motosikal.
Mohinder Singh menganggap apa yang berlaku kali ini seperti dejavu. Beliau pernah melalui rusuhan yang sama pada 1984 – berlaku konflik agama.
Mohinder Singh sangat sedih melihat apa yang berlaku dan tidak mahu perkara perkara seperti itu mengorbankan mereka yang tak berdosa.
Mohinder juga memberitahu Huffpost, beliau dan anaknya melakukan perkara itu kerana ajaran guru mereka di dalam agama Sikh yang mahu mereka saling membantu dan mengasihi manusia yang lain – walaupun berbeza bangsa dan agama.
Apa yang boleh kita pelajara daripada Mohinder Sing dan anaknya adalah, cintailah kedamaian dan bantulah orang di sekeliling kita apabila mereka memerlukan tanpa mengira siapa mereka.
Konflik agama dan bangsa seperti ini lebih banyak membawa kepada kemudaratan.