Inisiatif Roma Cares’ Untuk Warga Emas, Termasuk Topeng Dan Sanitizer

Pandemik koronavirus semasa telah memberikan impak yang besar kepada dunia. Dan pada masa yang sama menjerumuskan kita semua ke satu tempoh yang tak menentu.

Itali merupakan negara yang paling terjejas kerana koronavirus.

Banyak bekalan keperluan yang sukar untuk dibeli ketika negara mereka berada dalam perinta lockdown.

Selain itu, keperluan seperti face mask dan sanitizer juga habis. Sangat sukar untuk mendapatkannya.

AS Roma mengambil inisiatif untuk meringankan beban peminatnya.

Di mana mereka telah menghantar bungkusan yang dipanggil pakej penjagaan kecemasan kepada para warga emas yang menjadi pemegang pas bermusim mereka.

Ini kerana warga emas ini yang sukar bergerak ke sana ke mari untuk mendapatkan barangan keperluan dan seringkali beratur di barisan belakang kerana pergerakan mereka yang perlahan.

Itali ketika ini sudah mencatatkan hampir 98,000 kes dan pernah mencatatkan angka 969 kematian dalam tempoh 24 jam.

Angka kematian di Itali sudah lebih 10,000 orang setakat ini.

Memahami kesengsaraan yang dialami oleh penduduk di Itali, Roma memberikan peminat setianya bungkusan Roma Cares’ kepada semua pemegang tiket bermusim mereka yang melebihi usia 75 tahun.

Kotak ini mengandungi beberapa barangan keperluan. Ini termasuk pasta, biskut, sebotol bir, 10 topeng muka, 10 pasang sarung tangan dan lima botol hand sanitizer.

Seterusnya AS Roma turut menyertakan akhbar Gazzetta dello Sport untuk mereka membaca perkembangan semasa bola sepak.

Roma juga membuat kejutan istimewa kepada pemegang tiket musim tertua, Eliseo Lorenzetti, yang berusia 97 tahun.
Lorenzetti dilahirkan pada tahun 1923, empat tahun sebelum Roma diasaskan, dan beliau diberikan kemeja khas yang ditandatangani oleh penyerang bintang AS Roma iaitu Eden Dzeko.

Lorenzetti berkata: “Saya sangat berterima kasih atas kunjungan pihak Roma,” kata Eliseo kepada AS Roma.

Minggu lalu, kelab itu juga mengumumkan akan membeli tiga ventilator dan lapan katil rawatan intensif untuk sebuah hospital di Rom. Ianya hasil daripada inisiatif para pemain dan jurulatihnya menyumbang gaji sehari mereka

Kelab itu telah memecah sasaran dana € 500,000 ($ 558,000). Di mana ketika ini mereka berjaya meraih € 536,000 ($ 599,000) untuk disumbang kepada usaha menangani Covid-19.

Derma tersebut merupakan sumbangan individu yang mencecah lebih daripada €200,000 ($223,000).

Awal bulan ini, AS Roma telah menyerahkan sebanyak 27,100 topeng muka kepada hospital dan pusat perubatan di seluruh Rom, serta 120 botol hand sanitizer.

AS Roma memang kelab yang sentiasa rajin dan ada inisiatif yang baik untuk kebajikan seperti ini.

Sebelum ini mereka menjalinkan kerjasama dengan badan kebajikan untuk menjejak kanak-kanak yang hilang menerusi video pengenalan pemain baharu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.