Dalam aksi Malaysia menentang Thailand semalam, ada satu aksi telah mencuri tumpuan netizen seluruh dunia.
Ini apabila pemain center back pasukan kebangsaan, Adil Zafuan melakukan Rolling Tackle yang unik dalam aksi kelayakan Piala Asia/Piala Dunia semalam.
Ianya berlaku secara tak sengaja ketika Aidil Zafuan terjatuh.
Dan Aidil Zafuan diusik dengan; dikatakan baru sahaja mencipta inovasi bentesan berguling. Mungkin boleh dipatenkan oleh Aidil lepas ni.
Aidil ketika itu terjatuh dan berguling. Ketika berguling bola terus terhalang dan tersekat di kakinya. Ianya bentesan tak sengaja yang bersih.
Aidil terus bangun dan melakukan serangan balas kepada lawan dengan cuba melakukan percubaan dari jarak jauh.
Berita itu turut menjadi perhatian media arus perdana di Malaysia.
Tabik semangat juang Harimau Malaya#sinarharian #viralhttps://t.co/L6OaxznLBe
— SinarOnline (@SinarOnline) November 15, 2019
Gelagat Aidil itu mengingatkan kita kepada aksi Luis Suarez satu ketika dahulu. Tiba tiba mendapat tenaga semula dalam masa yang singkat.
Cuma gerakan Aidil ini lebih padu dengan bola dimenangi hasil gulingannya.
Lihat kembali gelagat Aidil di sini:
Aksi Aidil ini turut dikongsi oleh Troll Football. Dan rata-rata ramai terhibur dan geli hati dengan ‘inovasi’ Aidil itu.
The rolling tackle pic.twitter.com/zcyKL6LfS6
— Troll Football Media (@Troll__Footbal) November 14, 2019
Aidil menjadi nadi penting Malaysia dalam kebangkitan ke atas Thailand semalam.
Aidil baru sahaja kembali ke dalam pasukan kebangsaan. Dan menunjukkan aksi yang baik ketika beraksi.
Malaysia awalnya ketinggalan 1 gol pada awal separuh masa pertama.
Namun bangkit dengan 2 gol. Menjaringkan 1 gol di setiap babak.
Brendan Gan menjadi punca kuasa kebangkitan Malaysia dengan satu gol dan satu Assist yang sangat menarik.
Gan juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan
Satu lagi gol Malaysia adalah menerusi Mohamadou Sumareh yang menerima lob pass cantik oleh Gan.