Insane! Gol Gotong Royong Ozil Ini Terbina Dengan 35 Hantaran Melibatkan Semua Pemain Arsenal

Arsenal menang ke atas Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, kecualilah kau tidur dan tak layan game ini, maka kau tak tau apa yang telah berlaku.

Arsenal menang besar di Emirates!

Arsenal tidaklah bermula baik pada separuh masa pertama. Mereka juga kerapkali diancam oleh serangan pasukan lawan.

Namun karakter sebenar mereka keluar pada separuh masa kedua. Arsenal menjaringkan 4 gol pada separuh masa kedua.

Kapten pasukan Pierre Emerick Aubameyang membuka tirai jaringan untuk The Gunners.

Tidak lama selepas itu giliran Nicolas Pepe pula menambah gol hasil bantuan Saka.

Saka merupakan pemain terbaik di dalam perlawanan ini. Beliau menggelecek pertahanan dengan penuh yakin dan melorongkan bola kepada Pepe.

Pepe melakukan rembatan tepat. Dan lihatlah keraian Pepe yang seperti seorang menteri yang sedang berpidato.

Ozil dan Lacazette menambah 2 lagi gol pada lewat perlawanan, pada minit ke-90 dan juga masa kecederaan.

Arsenal menang 4-0 dalam perlawanan ini. Dan kekal menjadi pasukan yang tak kalah lagi selepas wawasan 2020, satu pandangan yang jauh.

Kalau korang nak tau, gol ketiga Arsenal, menerusi Mesut Ozil adalah terhasil daripada binaan serangan dengan 35 hantaran di antara para pemain Arsenal.

Hantaran kemas dan transisi yang berkesan telah membantu mereka untuk membuka ruang dan masuk ke kotak penalti.

Ozil melakukan larian progresif sehinggalah ke hadapan gol dan melakukan satu tolakan kemas mengatasi Dubravka.

Kombinasi ketenangan dan ketepatan bekas pemain kebangsaan Jerman itu memang superb!

Penjaga gol Newcastle tersebut patut lebih kemas dalam usaha menghalang bola tersebut.

Gol yang dibina dengan semangat berpasukan melibatkan semua pemain. Ia gol gotong royong sebenar dengan disulami 35 hantaran di antara mereka.

Ini barulah Arsenal yang kita kenali, bukannya pasukan yang pass pass dan pass sahaja tanpa penetrasi.

Terpancar kepuasan di wajah Arteta yang meraikan gol itu dengan gaya yang sangat sempoi. Beliau menghargai gol itu yang telah menjadi pelengkap kepada binaan serangan yang penuh dengan kekemasan dan penglibatan para pemain Arsenal.

Gol tersebut merupakan yang pertama oleh Mesut Ozil dalam saingan EPL dalam tempoh 301 hari.

Newcastle United kini berada dalam senarai pasukan kegemaran Ozil untuk ditentang. Beliau sudah menjaringkan 4 gol ke atas Newcastle di dalam kariernya.

Ozil merupakan antara pemain yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini – termasuk pada separuh masa pertama – walaupun separuh masa pertama Arsenal agak bergelut.

Beliau mencatatkan ketepatan hantaran 96% dan mencipta 4 peluang gol. Selain itu Ozil menampakkan kerajinan beliau bertahan dengan melakukan 5 recoveries.

Pastinya para penyokong Arsenal berharap Ozil dan rakan-rakan menerusi aksi cemerlang yang merangsang keinginan untuk bergembira seperti ini.

Arsenal masih berusaha untuk mengejar slot 4 teratas bagi membolehkan mereka layak ke UCL pada musim hadapan.

Ini selepas mereka sudah 3 musim gagal layak. Arsenal kini berada 7 mata di belakang pasukan di tangga keempat – Chelsea yang akan turun berhadapan dengan United pada awal pagi esok.

Baca yang lain