Insiden Alec Baldwin Tertembak Krew Dengan Peluru Hidup Dianggap Misteri

Pelakon dan penerbit, Alec Baldwin dilaporkan tertembak krew sinematografi dan membuatkan seorang lagi cedera parah.

Insiden itu berlaku pada Khamis, 21 Oktober lalu, ketika mereka berada di set penggambaran filem ‘Rust’.

Baldwin menggunakan senapang prop. Namun malangnya senapang yang dipegangnya itu ada peluru hidup ataupun disebut ‘hot gun’.

Hot gun merujuk kepada senapang yang digunakan dalam penggambaran namun ada peluru hidup di dalamnya. Satu lagi senapang disebut blank. Merujuk kepada senapang yang hanya memakai peluru getah atau bukan hidup.

Biasanya propman akan melabel dengan teliti senapang senapang ini untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Dan kejadian tidak diingini itu berlaku juga. Baldwin telah melepaskan tembakan yang terkena pengarah fotografi Halyna Hutchins, yang terus dikejarkan ke hospital, malangnya dia tidak dapat diselamatkan.

Pengarah file, Joel Souza, yang berusia 48 tahun juga cedera dalam kejadian itu.

Saksi kejadian menyatakan bahawa, Baldwin benar benar keliru dan bingung selepas kejadian itu berlaku. Dia terkejut kerana dia mendapat hot gun di tangannya.

Dia berterusan bertanya: “Kenapa korang bagi aku hot gun, kenapa?”

Namun ketika Baldwin mempersoalkan perkara itu, insiden masih belum disahkan sama ada ianya kerana peluru hidup atau peluru getah. Kerana peluru getah pun boleh bagi impak juga kalau tersilap pengendaliannya.

Penyelia lagak senjata Hollywood Mike Tristan, yang berpengalaman dalam bidang ini selama 30 tahu menyatakan bahawa itu adalah tanggungjawap orang seperti mereka untuk mengendalikan senjata senjata di set.

Tristan berkata:

“Seharusnya ada senapang blanks, jadi tugas penyelia senjata adalah memastikan jenis senapang itu dahulu sebelum ianya diberikan kepada pelakon.”

“Seterusnya, mereka harus mengingatkan pelakon bahawa mereka harus kekal di kawasan yang ditanda dan tidak sesekali menghalakan senapang itu [walaupun blanks] ke arah krew atau pelakon lain.”

“Yang nampak macam mereka menghalakan kepada pelakon lain tu adalah kerana suntingan.”

“Sebab itu sekarang ini, semua orang dalam industri ini keliru. Apa sebenarnya yang berlaku di sini? Ianya masih misteri buat masa ini.”

Tristan sebelum ini pernah bekerjasama dengan Baldwin di set penggambaran. Dan dia menyatakan bahawa, Baldwin seorang yang sangat profesional dan sangat berhati hati di set.

Baldwin ditahan dan disiasat oleh polis kerana insiden tembakan yang membawa kepada kemalangan jiwa itu.

Namun buat masa ini, Baldwin masih belum menerima sebarang pertuduhan ke atasnya.

Alec Baldwin kemudian mengeluarkan kenyataan menerusi Twitternya:

“Tiada kata kata yang dapat menggambarkan betapa terkejut dan sedihnya saya kemalangan tragik yang meragut nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan seorang yang dikagumi oleh kami rakan rakan seperjuangannya. Saya akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis dalam siasatan untuk menggambarkan bagaimana tragedi ini boleh berlaku dan saya berhubung dengan suaminya, menyatakan sokongan saya kepada dia dan keluarga.”

“Hati saya luluh melihat suaminya, anak lelaki mereka, dan semuanya sayangkan Halyna.”

Baca yang lain