Insiden Keganasan Polis Slovakia Keronyok Penyokong Ferencvaros Pada Tahun 1992

Slovan Bratislava dan Ferencvaros merupakan dua pasukan besar di negara masing-masing. Slovan Bratislava adalah jaguh di Slovakia, manakala Ferencvaros pula adalah kuasa di Hungary.

Pertembungan dalam pusingan pertama Liga Juara-Juara Eropah di antara kedua-dua pasukan ini telah menjadi perhatian ramai ketika itu.

Rabu, 16 September 1992, bahang perlawanan di Bratislava mula terasa bermula dari pagi lagi. Pasukan polis telah menahan 21 orang penyokong Ferencvaros di taman caravan setelah menghalau mereka keluar daripada bar.

Slovan Bratislava – Ferencváros Budapešť-pred začiatkom stretnutia

Salah seorang penyokong Slovan datang memaki hamun kumpulan penyokong lawan di sana dan terus menumbuk seorang penyokong kanak-kanak di bahagian muka. Lelaki itu kemudiannya terus dikeronyok oleh kelompok penyokong Ferencvaros yang ada di situ.

Provokasi dan pergaduhan berlaku sebelum perlawanan di antara kedua-dua pasukan. Penyokong masing-masing berbalas-balas serangan.

Polis Slovakia mula masuk campur. Cara penyelesaian masalah yang dibawa oleh mereka sangat teruk dan melanggar prinsip-prinsip kemanusiaan.

Orang Hungary, khususnya penyokong Ferencvaros dipukul oleh pihak polis. Keributan merebak hingga ke dalam stadium. Botol, batu, dan suar dibaling kepada sektor tempat duduk penyokong lawan.

Selepas rehat separuh masa pertama, polis kembali dan kali ini mereka mula memukul penyokong Ferecvaros di dalam stadium. Ramai yang menjadi mangsa salahguna kuasa pihak polis Slovakia.

Dalam perlawanan itu Slovan Bratislava Berjaya menumpaskan Ferencvaros dengan keputusan 4-1.

Di luar stadium, keadaan huru hara dengan penyokong Ferencvaros melampiaskan amarah mereka dengan memecahkan cermin kereta di tempat parking. Pergaduhan dengan polis menjadi lebih terbuka dan mengakibatkan seorang kematian di pihak penyokong pelawat.

Selepas semuanya pulang ke Hungary, Tibor Nyilasi, pengurus pasukan Ferencvaros memberitahu bahawa para pemain tidak mampu untuk memberi tumpuan di atas padang kerana kejadian di bahagian tempat duduk penyokong.
Ada di kalangan mangsa yang hadir itu merupakan ahli keluarga pemain.

Media Hungary menekankan untuk perlawanan itu diadakan semula, tetapi UEFA sendiri buntu untuk menyelesaikan masalah ini.

Perlawanan kedua yang penuh berjaga-jaga.

Perlawanan kedua dimainkan dua minggu kemudian di Budapest. Di jalanan, polis Hungary sudah berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Penyokong diperiksa sebelum memasuki stadium.

Penyokong Slovan pula dinasihatkan untuk tidak turun ke Hungary pada hari perlawanan.

Kumpulan penyokong hooligans Ferencvaros sudah siap menunggu di stesen-stesen keretapi bagi memintas perjalanan penyokong Slovan.

Perlawanan ini bukan sahaja menjadi tumpuan media di Czechoslovakia dan Hungary saja. Pendek kata, seluruh media di rantau Eropah menanti perjalanan perlawanan panas ini.

45 minit sebelum mula perlawanan, pemain Slovan masuk ke dalam padang untuk memanaskan badan, dan seperti dijangka mereka menerima sambutan yang sangat dingin.

Stadium penuh dengan penyokong kecuali di sektor penyokong lawan. Hanya ada seorang saja penyokong ketika itu iaitu seorang remaja yang bernama Daniel Antosik.

Kisah Daniel Antosik yang berani ber’away day’ seorang diri.

Pada pagi perlawanan, Daniel sepatutnya pergi ke sekolah tetapi melencong ke stesen keretapi dan menuju ke Budapest. Ketika itu, dia masih berusia 15 tahun.

Dalam keretapi, dia naik bersama-sama seorang perempuan yang menuju ke tempat yang sama tetapi destinasi berlainan. Hooligans Ferencvaros siap menunggu di setiap stesen untuk mencari penyokong Slovan.

Perempuan yang naik bersama-samanya akan berlakon bercakap dalam bahasa Hungary bagi mengelak Daniel dikesan oleh kelompok penyokong Ferencvaros.

Semasa sampai di stadium, pintu masuk sektor penyokong lawan ditutup. Daniel menunjukkan tiket pelawat kepada penganjur. Awalnya, tiada yang mempercayainya, sehinggalah kemudian dia dibawa masuk melalui pintu pasukan polis dan wartawan.

Daniel Antosik sememangnya seorang yang sangat keras. Dia meletakkan bendera Slovan di pagar tempat duduk penyokong. Para penyokong Ferencvaros mula menjerit-jerit kearahnya. Kawasan di sekitar tempat duduknya telah dijaga oleh polis.

Jurulatih Slovan, Dusan Galis datang ke pagar untuk berjabat tangan. Kapten pasukan, Ondrej Kristofik pula memberikan jersi sebagai cenderahati.

Selepas tamat perlawanan, Daniel pulang sekali bersama-sama pesawat khas pasukan. Perjalanan ke lapangan terbang tidak lancar juga, dengan hooligans menghalang laluan dan melempar batu ke arah bas sehinggalah polis datang untuk menenangkan keadaan.

Sebagai tanda penghargaan dan keberanian, pihak Slovan Bratislava memberikan Daniel pas bermusim untuk perlawanan yang melibatkan pasukan.

Pertemuan kembali setelah 30 tahun.

Slovan Bratislava bertemu kembali pasukan Ferencvaros setelah 30 tahun dalam perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara.

Sebelum perlawanan, para penyokong Slovan telah membiarkan seorang penyokong duduk berseorangan di sektor penyokong lawan beberapa minit sebelum perlawanan.

Ini adalah satu penghormatan kepada lelaki ini, satu-satunya penyokong Slovan yang turun away day ke Budapest berikutan rusuhan pada tahun 1992.

Itulah lelaki yang diceritakan tadi, Daniel Antosik. Kini usia Daniel sendiri juga sudah mencecah 45 tahun.

Momen yang sangat ikonik juga dalam bola sepak. 30 tahun lalu, sebuah perlawanan yang sepatutnya berbicara tentang keputusan bola sepak, di akhirnya ia adalah cerita tentang keganasan polis.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di