Insiden Pelik, Wanita Bersalin Dalam Ambulans Dikelilingi 4 Ekor Singa

Seorang bayi di Gujarat ada kisah kelahiran yang luar biasa.

Di mana ketika dia dilahirkan, ambulans tempat ibunya melahirkannya telah dikelilingi oleh empat ekor singa yang datang merapati van  ambulans.

Si ibu sudah terlalu hampir nak melahirkan anaknya, dan ambulans terpaksa berhenti untuk membantunya melahirkan anak di tengah perjalanan.

Ketika wanita itu sedang berusaha melahirkan anaknya, tiba tiba kedengaran sekumpulan singa mengelilingi ambulans tersebut.

Namun singa itu tidak menyerang mereka di dalamnya. Keadaan agak cemas buat staf kecemasan yang membantu wanita itu.

Bayangkan mereka ada kecemasan di dalam ambulans dan pada masa yang sama berdepan dengan 4 ekor singa di luar van mereka.

Singa itu menghampiri van tersebut. Staf agak risau takut takut singa itu menyerang mereka dalam keadaan yang sangat genting itu.

Paling dramatik, sebaik sahaja wanita itu melahirkan anaknya, singa singa itu beredar.

Selepas semua prosedur melahirkan anak itu selesai, ambulans meneruskan perjalanan mereka ke hospital.

Beberapa gambar insiden itu telah ditularkan. Wanita itu melahirkan anak yang sihat.

Kisah yang sangat menarik dan kelahiran yang dramatik!

 

Baca yang lain