Insiden Tak Masuk Akal Di Brazil

Di Brazil, pemain mereka telah melakukan taktik sangat luar biasa untuk melengahkan perlawanan. Di mana mereka telah memaksa rakan mereka masuk ke dalam padang dengan cara mengheret dan menolaknya.

Penyerang Botafogo berusia 18 tahun Jarlin menjadi tumpuan bagi adegan dramatik.

Berikutan terjahan keras daripada lawannya, Jarlin mengalami kecederaan dan tidak bermain seketika, dan itu telah membawa kepada rentetan peristiwa pelik.

Dia diheret masuk balik ke dalam padang oleh rakan sepasukan. Ini untuk membolehkan perlawanan tidak dapat diteruskan.

Ketika itu adalah masa kecederaan dan Botafogo sedang mendahului.

Kelakuan pemain lawan itu membuatkan penjaga gol Fluminese dan rakannya campur tangan dan mengheret Jarlin keluar balik.

Tindakan itu membuatkan ketegangan berlaku antara pemain kedua dua pasukan. Ketika mereka sedang bertelagah, tidak pasti sama ada dia seorang pemain simpanan atau pembantu jurulatih, individu itu telah menolak Jarlin masuk balik.

Pemain remaja itu mengikut sahaja arahan itu dan terbaring semula di atas padang. Insiden keluar masuk si Jarlin ini menjadi sorotan media seluruh dunia.

Kerana ianya dianggap lucu dan kelakar. Pemain pemain Fluminese menganggap tindakan pemain Botafogo sebagai tiada semangat kesukanan.

Sementara bagi peminat Botafogo, itu dianggap aksi hero oleh Jarlin dan rakan rakannya dalam usaha mencari kemenangan dengan apa jua cara.

Pemain pemain kedua pasukan terpaksa ditenangkan oleh rakan mereka dan pegawai perlawanan, yang memberikan kebenaran kepada Jarlin untuk dirawat di atas padang.

Peminat peminat di Brazil sendiri menyatakan mereka tidak hairan dengan benda pelik seperti itu berlaku di Brazil. Kerana liga mereka memang banyak insiden kelakar untuk menarik perhatian dunia.

Netizen menulis: “Kawan kawan semua, ini cumalah hari biasa di Brazil, tiada yang pelik.”

Ada juga yang memberikan komen: “Itu bukan benda bodoh dia buat, itu namanya taktik. Nikmatilah.”

Kemudian yang lain pula simpati dengan Jarlin yang dipassing seperti bola ke sana sini.

Selepas perlawanan disambung semula. Botafogo menambah satu lagi gol untuk menang 4-2 ke atas Fluminese di tempat lawan mereka itu.

Kemenangan ini membantu Botafogo merapatkan jurang mata kepada hanya 1 mata di belakang Fluminese yang berada di tangga keempat dalam carta Liga Brazil pada masa ini.

Baca yang lain