Isu De Paula ataupun digelar Zulhelmi De Paula kembali hangat diperkatakan. Ini selepas pemain itu menunjukkan sikap tak profesional beliau semalam.
Malaysia mengharungi permulaan yang baik dalam saingan AFF Suzuki Cup pada tahun ini, selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Cambodia.
Selesa dari segi keputusan tak bermaksud skuad kebangsaan telah mempamerkan aksi persembahan yang baik dalam perlawanan ini.
Pemain naturialisasi, Guilherme De Paula dikecam teruk oleh para peminat kerana mempamerkan aksi persembahan serba tidak menjadi dalam perlawanan ini.
Walau beliau ada melakukan beberapa percubaan, namun aksi yang beliau pamerkan jauh dari standard yang diharapkan oleh para peminat.
Beliau bahkan turut dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan, dengan Tan Cheng Hoe memutuskan untuk membawa masuk Luqman Hakim.
Apa yang menariknya, keputusan Tan Cheng Hoe untuk mengeluarkan pemain naturialisasi itu adalah satu keputusan yang sangat tepat.
Aksi permainan jentera serangan Malaysia berubah sepenuhnya sebaik Luqman Hakim di bawa masuk, dengan penyerang harapan negara itu mempamerkan aksi yang sungguh mantap.
Ketika De Paula keluar meninggalkan padang, para penyokong telah memberikan tepukan yang gemuruh kepadanya.
Walau bagaimanapun, De Paula merasakan tepukan itu hanyalah sindiran dari para penyokong dan menyebabkan beliau melakukan satu hal yang tak sepatutnya dilakukan.
Menurut wakil ESPN Asia, Gabe Tan, De Paula telah menjeling para penyokong negara yang ada dalam stadium sebelum melepaskan kemarahannya dengan mencari gaduh dengan botol di tempat duduk pemain simpanan.
Beliau berkemungkinan tak puas hati dengan sorakan dari para penyokong, yang beliau rasakan sekadar menganjing dirinya dan bukanlah tepukan penghargaan atas aksinya yang tidak seberapa di atas padang itu.
Guilherme not happy after being substituted. For some reason decided to stare down the 🇲🇾 Malaysian fans that were giving him a round of applause despite his display, before throwing a bottle at the bench.
Not sure what the fans did wrong. #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
Pengurus pasukan, Tan Cheng Hoe ketika temu bual selepas tamat perlawanan telah bercakap tentang hal tersebut, dengan beliau menyatakan bahawa:
“Saya akan uruskan masalah ini. Dia sudah berikan yang terbaik ketika sesi latihan + dia juga sangat komited. Kadang kala ini hanyalah kekecewaan kerana dia gagal untuk jaringkan gol.”
“Saya sangat yakin yang De Paula sudah cukup matang, semoga dia boleh jadi contoh yang baik kepada pasukan.”
TCH on Guilherme:
"I will handle this matter. He's giving his best in training + very committed. Sometimes this is frustration because he couldn't get a goal.
"I'm sure De Paula is mature enough, hope he can set a good example for the team."#AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
65 minit beliau berada di atas padang, De Paula gagal untuk menunjukkan kemampuan sebenar beliau, dan beliau juga terlalu mudah untuk dikawal oleh barisan pertahanan lawan.
Dengan kelebihan fizikal yang beliau miliki, De Paula sebenarnya diharapkan agar mampu menggunakannya dengan baik untuk mendominasi pertahanan lawan.
Beliau juga diharap boleh bergerak lebih banyak dalam kotak, untuk menarik pemain pertahanan agar ada ruang untuk Akhyar Rashid dan Safawi Rasid menguji gawang gol Cambodia.
Malang sekali, De Paula tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau boleh melakukan tugas itu, dengan beliau lebih kerap hilang penguasaan bola.
Off to a flyer!
🇲🇾 Malaysia are up and running at the @affsuzukicup after easing to a 3-1 win over 🇰🇭 Cambodia in Group B, thanks to goals from Safawi Rasid, Akhyar Rashid and Kogileswaran Raj! #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/I87x3k5Qja
— ESPN Asia (@ESPNAsia) December 6, 2021
Ketika nama beliau sedang teruk dihentam oleh para peminat atas aksi hambar yang beliau persembahkan, tindakan mencari gaduh dengan penyokong sebenarnya satu keputusan yang kurang pandai.
Beliau tak sepatutnya menunjukkan reaksi seperti itu dihadapan para penyokong, apa lagi menjeling lalu melempar botol untuk meluahkan rasa tak puas hatinya beliau dengan aksi dalam perlawanan ini.
Bukan kerana beliau pemain naturialisasi maka beliau menjadi kambing hitam atau punching bag untuk para peminat, namun aksi yang beliau persembahkan jelas sekali menunjukkan beliau layak untuk dihentam.
Seandainya beliau benar-benar kecewa kerana gagal untuk menjaringkan gol, tindakan paling tepat yang boleh beliau lakukan adalah meminta maaf kepada para penyokong.
Atau setidak-tidaknya diam dan terus duduk di tempat duduk pemain simpanan dan bukanlah dengan mencari gaduh semula dengan penyokong.
Berita De Paula itu turut mendonia sampai ke Indonesia. Di mana media mereka berkongsi kisah striker naturalisasi itu mengamuk saat dikeluarkan.
News Indonesia menulis: Penyerang Naturalisasi Malaysia mengamuk saat dikeluarkan, Tan Cheng Hoe [jelaskan]: Dia kecewa.”
Kemenangan 3-1 menewaskan Cambodia bukan satu tiket untuk para pemain skuad Harimau Malaya menarik nafas lega.
Dengan aksi hambar yang mereka pamerkan sepanjang aksi babak pertama, Malaysia berpotensi untuk kena lunyai dengan pasukan yang ada kualiti seperti Vietnam atau Indonesia.
Tan Cheng Hoe perlu lakukan sesuatu, dalam usaha beliau untuk mengelak skuad kebangsaan diaibkan dalam mana-mana perlawanan sepanjang kejohanan ini.
Walau Malaysia dianggap bukanlah sebagai pasukan pilihan, namun barisan pemain yang kita miliki sebenarnya sudah cukup untuk melayakan Harimau Malaya menjuarai saingan AFF Suzuki Cup tahun ini.
Di usia 35 tahun, edisi AFF kali ini merupakan yang terakhir untuk De Paula buktikan sesuatu, agar beliau tidak terus dikenang sebagai pemain naturialisasi paling sia-sia dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Seandainya De Paula masih mempamerkan aksi yang sama sahaja selepas ini, maka lebih baiklah kalau Tan Cheng Hoe meletakkan saja beliau dibangku simpanan, atau kirim semula ke Malaysia.
https://youtu.be/FtDHy_O0n1c
Ramai peminat mengingatkan De Paula bahawa lencana di dada sentiasa lebih utama daripada nama di belakang.
Sumber: Gabe Tan