Inspirasi Messi: Daripada Didiagnosis Sindrom Asperger Kepada Terbaik Dunia

Lionel Andres “Leo” Messi dilahirkan di Rosario, Argentina pada tanggal 24 jun 1987.

Beliau merupakan seorang pemain Bola Sepak profesional Argentina dan FC Barcelona – legenda Nou Camp.

Seorang pemain yang dikira sebagai pemain terbaik sepanjang zaman yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam dunia persepak bolaan ini.

Didiagnos Asperger Syndrome

Pada usia 8 Tahun Messi telah didiagnos mengidap Asperger Syndrome, lebih dikenali sebagai mild (ringan) atau high functioning Autism.

Antara masalah utama asperger adalah seperti biasa kemahiran bersosial dan juga tindakan motor yang berulang.

Selain bakat, Messi gunakan kelainan otak autism sebagai advantage pada dia dalam bermain bola sepak.

Gaya permainan Leo

Jika dilihat gaya permainan Messi, corak dan patern dia adalah sama. Mengelecek cara sama, jatuh cara sama, atau menjaringkan gol tipikal cara yang sama.

Benda yang dibuat berulang ulang ini adalah simptom atau trait autism, tapi Messi gunakan untuk menjadi kelebihan buat dia.

Jaring gol? Selain skill anak autism ni ada memori yang kuat, dia dah hafal setiap patern moveset penjaga gol.

Kalau penjaga gol terjah kedepan dia akan bergerak kemana semua, daya memori yang kuat ini membantu dia mengduga tindakan seterusnya penjaga gol.

Anak Autism Yang Menggegar Dunia

6 kali memenangi anugerah “Ballon d’Or dan 34 piala bersama Barcelona membuktikan leo adalah seorang pemain paling “decorated” di dalam sejarah pasukan nya.

Messi menjadi nadi penting kepada kejayaan pasukan FC Barcelona menjuarai “Champions League” sebanyak lima kali.

Kehadiran beliau di dalam bahagian serangan sememangnya menjadi igauan ngeri buat pasukan lawan.

Tidak pernah peduli dengan “haters” beliau tetap focus dalam setiap perlawanan dan berhabis baik mencuba untuk menjaringkan gol dan melakukan sesuatu untuk pasukan itu lah yang sering beliau lakukan.

Memecahkan pelbagai rekod

Messi telah memecah pelbagai rekod di dalam karier beliau antaranya beliau telah mencapai lebih 500 kemenangan bersama pasukan FC Barcelona.

Seterusnya beliau memecahkan rekod Xavi yang memenangi 498 perlawanan bersama pasukan.

Beliau telah menjaringkan hampir 700 gol dalam semua kejohanan yang beliau sertai.

Dan yang menariknya jaringan ke-600 beliau adalah ketika menentang pasukan terhebat dunia Liverpool di separuh akhir UCL.

Sepakan percuma yang cukup rasa cukup cantik di sempurnakan beliau dan gol yang cantik itu adalah gol ke-600 Messi.

Selain daripada terhutang budi dengan Barcelona yang banyak membantunya ketika memerlukan, Messi juga selesa kekal di Barcelona, kerana orang asperger ini biasanya tak suka dengan perubahan drastik di tempat baharu.

Albert Einstein, Mozart, dan Bill Gates antara mereka yang mengalami sindrom autism asperger ini ketika kecil. Jelas ia bukan penghalang untuk mereka berjaya.

Begitu lah kelebihan yang beliau miliki di sebalik kekurangan yang ada.

Rujukan:

The 18

Wessex Scene

Dailydock

Baca yang lain