Pada panas terik mentari di Budapest, Tomas Soucek memimpin negaranya selaku kapten berdepan dengan pasukan kuat Belanda.
Soucek dan rakan rakannya berjaya menempah slot separuh akhir selepas menewaskan Belanda 2-0.
Soucek broke up his Czech teammates huddle at full time, telling his teammates to go and shake hands with their Dutch opponents first. pic.twitter.com/kfQ4T8Mda2
— West Ham Central (@WestHam_Central) June 27, 2021
Siapa sangka, bakat yang dahulunya orang tak sebut langsung pun, sehinggalah West Ham berjaya menjejak bakat tersebut.
Kisah Soucek memang penuh inspirasi. Beliau menikmati musim 2019/20 yang luar biasa bersama West Ham. Namanya antara calon kepada anugerah pemain terbaik tahunan.
Segalanya bermula di sebuah pekan kecil di Republik Czech.
Kisah Soucek melepaskan kelabnya dari beban hutang
Tomas Soucek dahulu hanyalah peminat kelab di tempat kelahirannya iaitu Slovan Havlíčkův Brod.
Dan beliau kemudian berjaya lulus untuk menyertai kelab kerdil tersebut. Bakatnya membuatkan Slovan Havlíčkův Brod melihat sesuatu ada pada pemain ini.
Namun semalam beliau diumumkan berjaya memeterai perjanjian tetap bersama kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Westh Ham United.
Ianya selepas beliau cemerlang sepanjang musim pinjaman di kelab tersebut.
Tanpa Soucek sangka, beliau hari ini telah membantu kelab lamanya di kampung halamannya iaitu Slovan Havlíčkův Brod mendapat durian runtuh.
Segalanya bermula apabila kelab divisyen 4 ataupun pasukan di liga komuniti Republik Czech itu memasukkan klausa 10% yuran pembangunan pada pemain itu ketika beliau menyertai Slavia Praha.
Kelab kecil dan kelab kampung pun ada akademi kau tau.
"I want to do the maximum for my team with the maximum intensity. It is my style." 🗣 @tomassoucek28
💯 every time he pulls on the shirt
Soucek discusses signing a permanent contract with the club ⬇️
— West Ham United (@WestHam) July 24, 2020
Dan klausa itu dikekalkan untuk tempoh yang lama oleh kelab mereka. Kredit kepada ejen Soucek yang membantu memastikan klausa itu terus wujud. Semuanya juga kerana Soucek sendiri yang mahu ejennya mencari kelab yang mahu menuruti klausa itu.
Soucek bukanlah billionaire yang mampu melabur jutaan dollar kepada kelab itu. Beliau cuba membantu dengan caranya sendiri iaitu menerusi klausa pembangunan yang sebenarnya memang dah wujud di kelab liga liga lain di Eropah. Namun untuk kelab kecil di Republik Czech ianya bukan perkara yang penting.
Ketika di Slavia Prague, beliau dipinjamkan ke beberapa kelab sehinggalah bakat beliau dikesan scouting West Ham United.
Soucek cemerlang membantu West Ham keluar daripada ancaman penyingkiran pada musim pertamanya bersama mereka. Soucek kemudian membantu West Ham menamatkan saingan enam teratas pada musim lalu.
Sepanjang di sana, beliau turut menjaringkan beberapa gol penting untuk The Hammers.
What an impact.
🇨🇿⛰ #Soucek2024 pic.twitter.com/KLf15VUvza
— West Ham United (@WestHam) July 24, 2020
Sebab itulah West Ham memutuskan untuk membayar tebus harga tetap sebanyak £13.5 juta untuk pemain tersebut.
Soucek will be our first signing of the transfer window, converting the £3.75m loan deal to a permanent deal for an extra £13.5m. The window opens on July 27th. #WHUFC #COYI pic.twitter.com/x5s687ZsTl
— West Ham Rambles #GSBOUT (@WestHamRambles) July 19, 2020
Moyes gembira Soucek mampu membuktikan kemampuannya di West Ham. Kerana Moyes sangat sukakan Soucek yang mirip kepada impak Fellaini satu ketika dahulu di Everton.
Dan Soucek juga secara tak langsung menyelamatkan karier David Moyes. Beliau dibawa untuk memantapkan lagi pasukan yang terumbang ambing.
Ternyata Soucek memberikan impak segera dan dengan cepat menjadi kesayangan peminat di West Ham.
Bagaimana klausa khas itu membantu kelab lamanya?
Berbalik kepada bagaimana beliau membantu kelab lamanya dari segi kewangan.
Begini…
Dalam klausa kontrak yang berkaitan dengan kelab lamanya, ianya berbunyi:
“Jika pemain ini berpindah di dalam Republik Czech ataupun ke luar, SK Slavia Praha akan memberikan FC Slovan Havlíčkův Brod sebahagian 10% daripada harga jualan.”
Ini bermaksud Slovan Havlíčkův Brod akan menerima £1.4 juta ataupun sekitar RM7.63 juta daripada perpindahan tersebut.
Angka itu sebenarnya cukup untuk membeaskan kelab itu dari hutang mereka yang lampau dan kemudian menampung kos operasi kelab kecil itu selama sepuluh tahun akan datang dengan bajet perbelanjaan semasa.
Tomas Soucek's childhood club, 4th-division FC Slovan Havlíckuv Brod, will get a 10% of the transfer fee from his sale to West Ham (around £1.4m)..
The money will take care of their budget for the next 10 years!
👏👏👏 pic.twitter.com/J2ginKCTaq
— Oddschanger (@Oddschanger) July 25, 2020
Kelab lamanya sangat gembira kerana mereka sangat sangat memerlukan wang ketika ini. Hal ini kerana impak daripada darurat kesihatan global yang membuatkan kesemua industri terkesan.
Syabas kepada Tomas Soucek dan FC Slovan Havlíčkův Brod.
Soucek kemudian menjadi salah seorang bintang tumpuan di Eropah. Konsistensinya sepanjang musim 2019/20 membolehkannya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Republik Czech.
Beliau juga menjadi pemain yang diintai banyak kelab besar Eropah yang lain.