Seorang lelaki Nigeria dengan berjuta-juta pengikut di Instagram telah ditangkap oleh pegawai dari Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu menerusi “Fox Hunt 2″.
Polis dan FBI menggunakan Instagram dan Snapchat untuk membantu siasatan mereka dalam usaha menjejak scammer paling dikehendaki dari Nigeria itu.
Laporan oleh Independent menyatakan jumlah penipuan mereka adalah sekitar $461 (£352 juta) juta ataupun sekitar RM1.93 billion.
Penipuan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi serta agensi termasuk bank negara serta kelab di EPL.
Ramon Olorunwa Abbas, 37, bernama Ray Hushpuppi, sering menyiarkan foto gaya hidup mewahnya di Instagram, mempunyai 2.5 juta pengikut.
Foto yang dimuatnya termasuk ketika dia menaiki jet peribadi, memandu kereta mewah, atau ketika memakai jam tangan yang mahal.
Peguamnya mengatakan bahawa Abbas “diculik oleh FBI” di Dubai, tempat Abbas tinggal, pada bulan Jun.
Jabatan Kehakiman AS mengatakan bahawa Abbas dan seorang lagi suspek, Olalekan Jacob Ponle, disyaki terlibat dengan penipuan dan pengubahan wang haram.
Peguam pertahankan Abbas
Peguam Abbas, Gal Pissetzky, mengatakan Abbas bukan penjenayah dan memperoleh wang secara sah.
“Dia seorang yang berpengaruh di media sosial dengan berjuta-juta pengikut. Mereka suka dan menghormatinya dan dia juga sayang kepada pengikutnya. Itu sahaja. Pada hari ini, ini urusannya,” kata Pissetzky kepada wartawan teknologi BBC Larry Madowo.
Pissetzky mengakui bahawa dia tidak mahir 100% media sosial tetapi dia tahu “bagaimana orang mendapat wang”.
Abbas dan Ponle hadir di pengadilan di Chicago pada 3 Julai.
FBI telah menuduh Abbas mencuci wang berjuta-juta dolar melalui beberapa skim, termasuk penipuan e-mel.
Adakah tindakan agensi penguatkuasaan undang-undang AS sah?
Abbas bukan orang Nigeria pertama yang menghadapi kes undang-undang di AS.
Tetapi peguamnya mengatakan tindakan FBI menangkap Abbas di Dubai dan membawanya ke AS adalah “melanggar undang-undang”.
“Pada pandangan saya, tindakan FBI dan pemerintah di sini [di Dubai] ketika mereka menculiknya tidak berlandaskan undang-undang,” kata Pissetzky.
Beliau mengatakan tidak ada permintaan ekstradisi atau dokumen pengadilan. Hanya pemberitahuan melalui telefon oleh FBI, kata peguam Abbas.
View this post on InstagramA post shared by HUSHPUPPI (@hushpuppi) on
“Dia bukan warganegara AS. AS tidak mempunyai kuasa sah untuk menangkapnya,” kata Pissetzky.
Tidak ada perjanjian ekstradisi antara AS dan Emiriah Arab Bersatu, tetapi dalam sebuah posting di Facebook, polis di Dunai menyebut penangkapan Abbas sebagai “ekstradisi”.
Jurucakap Jabatan Kehakiman AS, melalui e-mel memberitahu BBC, “Anda harus bertanya kepada mereka (polis di Dubai) mengapa mereka menyebutnya ekstradisi.”
Mengenai perbicaraan Abbas di Chicago, Jabatan Kehakiman AS mengatakan “ejen khas FBI mempunyai kuasa untuk menahan Abbas dan membawanya ke AS”, dan mereka tidak mengulas lebih lanjut.
Peguam Abbas, Pissetzky, tidak berpuas hati dengan penjelasan ini.
“Sekiranya Dubai ingin menyingkirkannya, maka dia harus dihantar ke Nigeria. Saya tidak pernah mendengar kes seperti ini sebelumnya,” kata Pissetzky.
Apa pertuduhan yang dikenakan kepada Abbas?
Sejak berita penangkapannya oleh FBI tersebar, pengikutnya bertambah 100,000.
Seorang lagi rakan Abbas, Olalekan Jacob Ponle juga ditangkap, yang dikenali sebagai Mr Woodberry.
Ketika dia ditangkap, Polis Antarbangsa mengatakan penangkapan menemui $40 juta dalam bentuk wang tunai, 13 kereta mewah bernilai $6,8 juta, 21 komputer, 47 telefon pintar, dan alamat hampir dua juta orang yang disyaki menjadi mangsa jenayah Abbas.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Abbas dicurigai memimpin rangkaian jenayah siber antarabangsa, dengan mangsanya termasuk dari firma undang-undang di AS sehinggalah bank asing serta kelab di Liga Perdana Inggeris.
Namun cubaan mereka untuk menipu kelab EPL dengan mensasarkan $100 dikatakan tidak kesampaian.
How Flashy Nigerian Alleged Cybercriminals Hushpuppi, Woodbery And Gang Were Nabbed By FBI Before Robbing EPL Team https://t.co/euAfzjCVLr pic.twitter.com/fKncH2TRQZ
— Robert Alai (@RobertAlai) July 8, 2020
Nak scam Kroenke
Ada yang menyatakan bahawa kelab EPL yang mereka cuba scam itu adalah Arsenal.
Nampaknya Hushpuppi cuba mengscam orang yang salah. Kroenke yang dikenali dengan sikap kedekutnya di kalangan penyokong Arsenal memang payah orang nak scam.
Orang minta wang sikit nak bangunkan Arsenal pun dia payah nak bagi apatah lagi nak bagi $124 juta.
To cut the long story short…
Hushpuppi was about to scam an EPL team of $124 million!People are saying the team was Arsenal🚶♂️🤭 pic.twitter.com/5W8ppvJL3N
— Naija (@Naija_PR) July 3, 2020
Selepas itu, Hushpuppi terus ditangkap FBI.
Bagaimana modus operandi
Cara yang dia melakukan jenayah itu dengan mencuri maklumat sulit seseorang atau berpura-pura menjadi rakan niaga dan menipu mangsa sehingga mangsa menghantar wang.
Tuntutan yang diajukan oleh mahkamah menyatakan bahawa Abbas mencuci wang $14.7 juta dari hasil penipuan dari mangsa adalah institusi kewangan asing pada Februari 2019.
Dokumen itu tidak menamakan institusi tersebut, tetapi sebuah bank di Malta mengatakan bahawa mereka kehilangan $14.7 kepada penggodam pada bulan tersebut.
Namun begitu, Bank Malta enggan mengulas akan perkara tersebut.
FBI mengatakan bahawa jumlah nilai kerugian yang ditanggung oleh individu dan syarikat adalah $1.7 bilion pada tahun 2019 sahaja.
Pendakwa raya AS Nick Hanna mengatakan bahawa kes itu menyasarkan “pemain utama dalam jenayah transnasional, yang hidup mewah di negara lain, yang dianggap sebagai tempat untuk menyembunyikan wang yang diperoleh dari pencurian di seluruh dunia”.
Tetapi peguam Abbas alias Hushpuppi menegaskan bahawa pelanggannya mendapat wang tersebut secara sah. Wang ini datang “dari pengewangan di media sosial”.