Di Amerika Syarikat, kiraan like pada Instagram bakal tidak muncul lagi selepas ini.
Platform perkongsian foto yang merupakan milik Facebook itu sudah bersedia untuk menyembunyikan kiraan like, dan ia akan dilakukan di AS pada minggu depan.
Lebih baik kau like cepat-cepat gambar Selena Gomez sekarang buat kenangan.
CEO Instagram, Adam Mosseri mengumumkan perkara itu pada Jumaat lalu pada sebuah acara Wired di San Francisco.
Instagram Hides Like Count for Followers; Move Said to "Depressurize" Platform for Young People https://t.co/6D2B82Rey8
— "#BlackLivesMatter"—Jesse Coffey (@JesseCoffey15) November 11, 2019
Adam yakin mereka akan dapat mengurangkan perbandingan sosial menerusi Instagram.
“Kita akan meneruskan keputusan ini jika ia memberikan kebaikan dan ‘kesihatan’ kepada orang awam walaupun ia memberikan impak kepada kita secara bisnes.”
“Kita harus tengok apakah kesannya dan apa yang orang ramai rasa tentang platform ini. Dan juga, bagaimana ia memberikan kesan kepada penggunaan platform serta kesannya kepada pencipta ekosistem.”
“Idea ini untuk mengurangkan tekanan di Instagram, mengurangkan persaingan dan memberikan lebih ruang kepada orang ramai untuk berhubung dengan orang yang mereka sayangi dan perkara yang memberikan inspirasi kepada mereka.”
Kalau korang malas baca berita atas tu, korang tengok la video bawah ni. Ada juga yang setuju dan ada yang tak setuju.
Starting this week, Instagram will begin hiding the public like count on some posts in the U.S. This is to make the photo-sharing site less competitive, @stephgosk reports. pic.twitter.com/SdJq0cAoy6
— TODAY (@TODAYshow) November 11, 2019
Menurut Adam, mereka mahu memperkasakan Instagram sebagai wadah untuk perhubungan yang lebih kuat berbanding dengan persaingan populariti.
Adam berharap Instagram akan memberikan lebih banyak manfaat terutama sekali kepada pengguna muda.
Dengan ini juga, Instagram berharap kualiti perkongsian itu lebih penting. Kerana Instagram adalah tempat berkongsi gambar.
https://twitter.com/Evadivadoll/status/1192971755708542977
Instagram sudah melakukan beberapa percubaan untuk perkara itu sekitar April lalu. Pertamanya di Kanada dan diluaskan lagi ke negara seperi Brazil, Jepun dan Australia.
Sebenarnya korang masih boleh like post orang tetapi jumlah like tu tak akan didedahkan.
My New video on #instagram new
feature of hiding #like count in #USA as an experiment.
Full video Link https://t.co/pDF7CQzVGW. pic.twitter.com/lfoklvXdqn— Shubham Raghuwanshi शुभम रघुवंशी شوبم راھنشیشی (@Raghu1cshubham) November 11, 2019
Jadi, jumlah itu tak akan diketahui oleh para pengikut dan juga dilihat oleh orang awam pada kiriman berbentuk umum/public.
Budak kpop sudah menemui alasan di sebalik semua ini. Katanya sebab instagram dengki dengan kumpulan Exo yang lagi banyak like berbanding x-exo. Kau bacalah bawah ni:
https://twitter.com/spicykyoong/status/1193985158661038080
Adakah ini idea yang bijak? Abang Mon menyatakan perkara ini mungkin akan membawa kepada kes bunuh diri. Dan meminta Instagram mengkajinya semula.
I reckon someone will commit suicide when Instagram takes away the like count.
— Y3 (@monclapped) November 10, 2019
Selain daripada Instagram, Facebook juga dikatakan sedang merancang untuk melakukan perkara yang sama.
Facebook dikatakan mahu melakukan percubaan di Australia. Tetapi Facebook masih mengkaji perkara itu dan mendengar pandangan daripada semua pihak.