Instagram kini dalam proses untuk mengharamkan sebarang konten iklan yang ditaja oleh syarikay vape.
Instagram sudah mengeluarkan amaran bahawa vape kini disenarai sebagai barang yang dilarang untuk dipromosi menerusi platform mereka selain daripada produk tembakau dan senjata api.
Polisi baharu itu telah membuatkan Instagram mulai mengesan dan memadam konten yang mempromosi vape bermula minggu depan.
Syarikat vape banyak yang menggunakan platform instagram untuk mempromosikan produk mereka.
Trend yang merisaukan instagram adalah sasaran syarikat vape ini adalah golongan muda yang tidak merokok.
Instagram and Facebook are banning influencers from promoting vaping, tobacco products and weapons using "branded content."
More @business: https://t.co/RlTpgEmCFy pic.twitter.com/CwihXp3Dhz
— Bloomberg QuickTake (@QuickTake) December 19, 2019
Instagram turut memantau promosi produk menguruskan badan dan alkohol yang boleh memberikan kemudaratan.
Jaid selepas ini, para influencers di IG tidak lagi dibenarkan mempromosi produk-produk seperti ini.
Ianya akan berada di bawah polisi baharu IG dan akan diletakkan pada “will require special restrictions”
Polisi ini akan berkuat kuasa pada 2020 ini. IG sudah memasang AI untuk memantau semua iklan ini.
Instagram changes its influencer advertising policy by stopping promotions related to vaping, tobacco and weapons https://t.co/G1JO3WB7FX pic.twitter.com/HpO3OKmn1m
— Bloomberg TV (@BloombergTV) December 18, 2019
Dasar terbaru IG ini pasti memberikan kesan kepada beberapa syarikat vaping besar termasuk
- British American Tobacco (BAT)
- Ama Vape
- Attitude Vapes
- Global Vaping Group
Usaha IG ini telah disokong penuh oleh pertubuhan anti merokok di UK dan juga iaitu Action on Smoking and Health (Ash) serta Stopping Tobacco Organisations and Products (Stop).
Ada syarikat yang menggunakan selebriti terkemukan seperti Lily Allen.
Ada juga syarikat yang dikatakan menggunakan model berusia bawah 25 tahun untuk promosi produk mengandungi nikotin yang melanggar kod etika pengiklanan di UK.