Instagram Siasat Tuduhan Zinchenko Mereka Padam Post Dia Sumpah Putin Mati Terseksa

Sebelum ini, pemain Manchester City, Oleksandr Zinchenko memuat naik status mengutuk Presiden Rusia, Vladimir Putin menerusi Instagram miliknya.

Post tersebut dengan pantas menjadi perhatian dunia dan tular merata rata di media sosial termasuk di platform selain Instagram.

Namun kemudian status itu hilang. Membuatkan pengikut Zinchenko mulai mengecam pemain itu dan mempersoalkan tindakannya yang memadam post tersebut.

Mereka menuduh Zinchenko bukan pejuang sebenar apabila memadam post beliau itu, mungkin kerana tunduk dengan tekanan daripada pihak tertentu dan takut hilang kontrak bola sepak ataupun kontrak tajaan peribadi.

Semua komen itu berlegar ditujukan ke atas Zinchenko. Pemain itu kemudian tampil menyatakan bahawa dia bukan memadam post tersebut tetapi post itu telah dipadamkan oleh Instagram.

Tuduhan Zinchenko itu menarik perhatian Instagram yang mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siasatan di atas tuduhan Oleksandr Zinchenko ke atas mereka.

Zinchenko antara orang yang sangat vokal mengecam Rusia. Termasuk mengikuti perhimpunan demonstrasi bantahan di kedutaan Rusia.

Zinchenko menulis di IG-nya pada awal minggu ini: “Seluruh ketamadunan dunia prihatin dengan situasi di negara saya. Saya tak boleh hanya berdiam diri dan mahu menyampaikan maksud saya. Negara saya adalah tempat saya lahir dan membesar.”

“Negara yang warnanya saya pertahankan di peringkat sukan antarabangsa. Negara yang kami cuba megahkannya dan bangunkan. Negara yang sempadannya harus kekal tidak boleh diceroboh.”

“Negara saya milik bangsa Ukrain dan tiada siapa yang pernah mencabulinya. Kami tidak akan menyerah! Kebanggaan untuk Ukraine.”

Kemudian pada Khamis, Zinchenko memuat naik satu lagi Instagram story dengan gambar Vladimir Putin bersama dengan kapsyen: “Aku harap engkau mampus dengan kematian paling menderita, raksasa.”

Hantaran tersebut telah hilang dan tak dapat diakses. Lantas ramai yang menuduh Zinchenko memadamkannya.

Namun pemain itu menyatakan bahawa post itu diturunkan oleh Instagram kerana melanggar polisi mereka.

Menurut Jack Guaghan dari Daily Mail, Instagram sudah memberikan respon kepada dakwaan Zinchenko dan akan menyiasat dakwaan itu.

 

Baca yang lain