Sergio Busquets menerima 2 kad kuning dalam masa kira kira 20 saat ketika aksi di MLS bersama Inter Miami menentang Cincinnati.
Pertarungan itu adalah pertarungan antara 2 pasukan di tangga teratas untuk MLS Eastern Conference. Dan sebelum sepak mula, Inter Miami memimpin carta liga di atas Cincinnati.
Cincinnati benar benar memberikan hari yang malang buat Inter Miami yang tidak berdaya bermain di gelanggan Cincinnati, Stadium TQL.
Lebih memeritkan apabila bintang mereka Sergio Busquets menerima 2 kad kuning dalam masa kira kira 20 saat.
Sergio Busquets receives only his FOURTH ever red card in his 16-year professional career 🟥 pic.twitter.com/ZX6DVR1lxE
— Golazo America (@golazo_america) July 7, 2024
Kejadian itu berlaku pada minit ke-62, ketika pasukannya ketinggalan 5-1 di tangan Cincinnati.
Busquets melakukan kekasaran ke atas pemain lawan yang dilayangkan satu kad kuning kepadanya. Dia kemudian membantah pengadil.
Pengadil mendakwa bekas pemain Barcelona itu sebagai melakukan bantahan melampau di atas keputusan pengadil dan melayangkan satu lagi kad kuning beberapa saat kemudian.
Busquets terkejut dengan keputusan pengadil dan dia masih tidak berpuas hati dengan kad kuning pertamanya, kini menerima kad kuning kedua pula yang membawa kepada kad merah. Bermakna dia harus keluar dari padang.
@axello_tacts Busquets terlibat insiden rare
Pengulas perlawanan mempersoalkan sama ada Busquets ada melakukan sentuhan fizikal ke atas pengadil membuatkan dia terus menerima kad kuning kedua serta merta.
Sergio Busquets gets two yellow cards for arguing the same foul… a yellow twice in 20 seconds for dissent.
Busquets sent off.
Inter Miami losing 5-1 at FC Cincinnati. pic.twitter.com/3LWEE8qsDa
— Tom Bogert (@tombogert) July 7, 2024
Tidak lama selepas Busquets dibuang padang, Cincinnati menjaringkan gol keenam mereka menerusi Gerardo Valenzuela.
Ketiadaan superstar utama Inter Miami, Lionel Messi membuatkan pasukan itu cuba mencari inspirasi daripada pemain lain. Tetapi gagal. Messi ketika ini masih bermain di Copa America bersama dengan Argentina.
Kekalahan sangat memalukan ini meletakkan Inter Miami kini 1 mata di belakang Cincinnati di Eastern Conference.