Inter Milan Julang Trofi Serie A Pada Aksi Derbi Madonnina

Tiada yang lebih sempurna buat Inter berbanding memenangi kejuaraan liga dengan menewaskan seteru sebandar, yang kongsi stadium sekali. Inter Milan menjuarai Serie A ke-20 dalam sejarah selepas menewaskan AC Milan 2-1.

Gol oleh Acerbi dan Marcus Thuram hanya mampu dibalas oleh Tomori.

Marcus Thuram antara penandatanganan terbaik di Eropah musim ini. Memandangkan dia menyertai pasukan Inter secara percuma.

Perlawanan panas itu menyaksikan kedua dua pasukan kehilangan seorang pemain kerana kad merah pada minit akhir permainan.

Kemenangan ini membolehkan Inter meraih 86 mata, 17 mata di atas AC Milan dengan baki 5 lagi perlawanan musim ini.

Kapitan, Lautaro Martinez berkata: โ€œSaya dah beritahu bebudak ni, kita akan berada dalam situasi yang tak pernah kita alami sebelum ini. Ayuh ambil kesempatan. Jika lihat di seluruh stadium, ianya milik kita sekarang.

Kejayaan Inter itu disambut dengan bunga api. Pemain pemain Inter menari nari di tengah lapangan San Siro.

Banner dikibarkan oleh ultras Inter: โ€œUlang sekali lagi Madonnina, kami adalah juara dan siapa yang menangis?โ€

Madonnina adalah merujuk kepada mercu tanda bandar Milan. Yang turut dijadikan nama derbi Milan digelar Derbi Madonnina.

Selepas memenangi 8 trofi sebelum ini, akhirnya Simone Inzaghi memenangi Serie A pertamanya sebagai pengurus.

Dia ternyata membalas kepercayaan pengurusan tertinggi Inter, walaupun sebelum ini ramai fans Inter yang tidak begitu sukakannya kerana masih ada rasa terikat dengan Antonio Conte yang meninggalkan kelab itu selepas tidak sehaluan dengan pemilik kelab.

Simone Inzaghi sangat gembira dengan cara mereka memenangi liga. Dia berkata: โ€œMenjuarai Liga Itali dengan baki 5 lagi perlawanan, hari ini kami memastikan kiraan matematik mutlak milik kami. Dalam perlawanan derbi, dengan AC Milan sebagai pasukan tuan rumah. Ini adalah perkara yang akan kekal bersama kami selamanya.

โ€œSetiap orang dalam pasukan ini telah memberikan sumbangan yang berharga untuk mencapai matlamat kami ini.โ€

Inter Milan sebelum ini menjuarai La Liga musim 2020/2021 di bawah kendalian Antonio Conte. Kemudian melihat piala itu menjadi milik AC Milan dan Napoli. Kini mereka kembali memenanginya.

Kejuaraan ke-20 ini juga membolehkan Inter Milan kini mendapat bintang kedua pada logo kelab mereka.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan