Inter Milan Mahu Tendang Lukaku Dan Dapatkan Bintang Muda Arsenal

Pada awal musim ini, Romelu Lukaku mendesak perpindahan pulang ke Inter Milan. Ini selepas dia beberapa kali mengkritik Chelsea dan Thomas Tuchel.

Pada musim sebelum ini, Lukaku terlibat dalam wawancara kontroversi dengan Sky Italia. Di mana dia mengkritik taktikal Tuchel sebagai punca dia tidak menyerlah di Chelsea.

Kemudian lebih mengejutkan apabila ketika itu Lukaku sudah menyatakan bahawa dia mahu kembali semula ke Inter. Dengan melarang Lautaro Martinez datang ke Chelsea, kerana dia sendiri yang akan pulang semula ke Inter.

Kenyataan itu membuatkan peminat Chelsea marah, kerana ternyata Lukaku sudah memikirkan soal keluar daripada kelab itu walaupun tak sampai beberapa bulan kembali ke Chelsea.

Lukaku meminta maaf dan kemudian dia dikenakan tindakan.

Namun kariernya di Chelsea tidak sebagus kariernya ketika dia membantu Inter menjadi juara Serie A.

Dia kemudian mendesak perpindahan ke Inter. Dengan kelab Itali itu hanya mampu meminjam pemain itu untuk semusim dengan pilihan lanjutan semusim lagi.

Ketika tiba di Inter, Lukaku sekali lagi membuatkan peminat Chelsea bengang dengan menyatakan dia tidak mahu kembali ke Chelsea kerana Inter  adalah rumahnya.

Kini prestasi Lukaku terus tidak menentu.

Inter Milan malah dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasinya. Dan tidak bercadang untuk menandatanganinya secara tetap.

Kelab Itali itu mahu memulangkan semula Lukaku ke Chelsea pada akhir musim ini.

Dengan Graham Potter juga sedang mencari no.9 yang baharu. Lukaku mungkin solusi terbaik Potter.

Lukaku setakat ini cuma mencetak 5 gol dan 1 assist bersama dengan Inter. Jauh daripada harapan yang diletakkan kepadanya.

Inter Milan tidak yakin Lukaku akan kembali produktif di hadapan gol. Dan mereka merasakan bahawa ianya adalah kerugian buat kelab untuk membayar gaji yang tinggi bagi pemain yang tidak mampu memberikan sumbangan gol yang banyak.

Inter kini cuba meyakinkan Edin Dzeko untuk melanjutkan kontraknya bersama mereka. Walaupun jauh lebih berusia daripada Lukaku, namun Dzeko dianggap lebih penting buat Inter.

Inter Milan berencana mahu mendapatkan penyerang Reims, Folarin Balogun yang merupakan graduan Arsenal. Pemain itu bermain secara pinjaman di Reims dan menjadi salah seorang penggempur berbisa di Ligue 1.

Inter Milan sedia membayar sekitar GBP 30 juta untuk penyerang tersebut.

Namun ianya tidak mudah, memandangkan Arsenal sendiri berminat menggunakan khidmat pemain itu pada musim akan datang.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan