Inter Milan: Seri 3 Kali, Perlawanan Tegang Inter-Cagliari, Debut Young & Ketibaan Eriksen

Inter Milan mengalami krisis kecederaan pemain, Ashley Young membuat debut

Inter Milan memberi penampilan sulung kepada Young selepas pasukan mengalami krisis kecederaan pemain.

Antonio Conte masih belum berpuas hati dengan aktiviti jendela perpindahan tengah musim, Christian Eriksen dijangka akan melakukan pemeriksaan kesihatan pada hari ini.

Young baru tiba dari Manchester United tampil membuat penampilan sulung selepas pemain sayap kanan, Antonio Candreva digantung perlawanan.

Ashley Young dibeli oleh Inter Milan dari Manchester United dengan harga £1.3 juta

Sementara itu Kwadwo Asamoah, Roberto Gagliardini dan Marcelo Brozovic masih berada dalam senarai kecederaan. Danilo D’Ambrosio belum cergas 100%.

Inter Milan mempunyai pilihan terhad sehingga perlu menggunakan Borja Valero bagi menggantikan Brozovic.

Romelu Lukaku terus mengetuai jentera serangan bersama Lautaro Martinez, walaupun pasangan ini gagal membantu pasukan meraih mata penuh ketika seri dengan Lecce dan Atalanta.

Kegagalan tersebut menyaksikan mereka tergelincir 4 mata dibelakang Juventus sebelum perlawanan Serie A pada minggu ini bermain.

Cagliari merupakan salah satu pasukan yang sukar diramalkan, Naiggolan kembali bertemu dengan bekas pasukannya.

Walaupun Inter menang 4-1 ke atas Cagliari pada 2 minggu lepas di pusingan 16 Piala Coppa Italia, Borja meramalkan perlawanan kali ini jauh berbeza.

Seri kali ke-3 berturut-turut, tindakbalas Martinez ditegur

Inter mencatat keputusan seri ke-3 berturut-turut, Young yang muncul buat kali pertama selepas dibeli dari Manchester United membuat 1 bantuan gol sebelum jaringan tersebut dipadamkan oleh Naiggolan.

Martinez dibuang padang selepas membantah keputusan pengadil, kad merah tersebut boleh membawa kepada penggantungan kepada 2-3 perlawanan.

Kelakuan Lautaro Martinez dilihat keterlaluan oleh penolong jurulatihnya dan menggesa penyerang Argentina ini belajar dan mengulanginya lagi

Conte dan para pemain bertindak tidak mahu menjawab sebarang soalan dari media selepas keputusan seri 1-1 dengan Cagliari. Sejurus tamat perlawanan, pegawai Inter Milan dilihat mengejar pegawai perlawanan.

Penolong pengurus Inter Milan, Cristian Stellini percaya bahawa pengadil pada perlawanan tersebut agak lembut. Tetapi dalam masa sama mengakui perbuatan Martinez agak keterlaluan dan pemain tersebut harus tahu tentang kelakuan itu.

Conte menolak untuk bertemu dengan pihak media selepas perlawanan, Stellini mengatakan pengurus tersebut tidak sihat.

“Salah satu perkara yang tidak baik hari ini adalah ketegangan yang berlaku pada penghujung perlawanan yang ditunjukkan oleh kami.”

“Kita harus pintar dan belajar dari perlawanan ini untuk masa depan. Perlawanan ini tidak menamatkan apa-apa harapan dan cita-cita, kami akan mengambil apa yang yang berlaku dan terus memandang ke hadapan.”

“Apa yang saya bimbangkan, pengadil tersebut kelihatan baik-baik sahaja sehinggalah ketegangan itu berlaku. Pengadil mula hilang fokus dan merebak kepada pemain dan penyokong.”

“Memang benar ada ketika pelanggaran tidak dianggap kekasaran. Mungkin orang mengganggap pemain kami mempunyai fizikal yang kuat. Tetapi ia tidak boleh dianggap mempunyai perbezaan ketika perkara tersebut adalah kekasaran.”

 

“Apapun tindakan Martinez keterlaluan dan dia harus tahu tentang perkara itu. Dia harus belajar dari apa yang berlaku hari ini supaya ia tidak lagi berulang pada masa akan datang.”

Eriksen pemain ke-3 dibawa masuk oleh Inter Milan

Sementara itu Eriksen akan tiba di Milan pada hari ini bagi menjalani pemeriksaan perubatan.

Urusniaga Neazzuri dengan pemain berusia 27 tahun ini hampir mencapai titik akhir, dengan kelab itali ini bersetuju dengan bayaran € 20 juta seperti yang diminta Tottenham Hotspurs.

Ketibaan Christian Eriksen mampu menampung senarai kecederaan pemain Inter Milan yang cuba mengintai pelauang meraih Scudetto

Eriksen menjadi pemain ke-3 ditandatangi oleh Inter selepas Young dan Victor Moses. Inter juga bersetuju membuat satu perlawanan persahabatan menentang Tottenham dan kutipan tiket dalam perlawanan itu nanti menjadi kepunyaan Tottenham.

Baca yang lain