Inzaghi: Liverpool Memang Macam Tu, Suka Bagi Harapan Palsu Kemudian Dia Tibai Kita

Simone Inzaghi menyatakan bahawa pasukan seperti Liverpool memang suka memberikan lawannya harapan palsu dan kemudian membantai lawan mereka.

Sebelum perlawanan lagi, Inzaghi sudah mengiktiraf Liverpool sebagai pasukan pilihan. Inter Milan tewas 0-2 di tangan Liverpool dalam aksi 16 akhir bagi perlawanan pertama.

“Pasukan seperti Liverpool ni lain sikit. Mereka sentiasa memberikan kamu harapan palsu agar kamu ada idea bahawa kamu masih dalam persaingan, dan boleh menjaringkan gol. Sebaliknya, mereka pula yang menghukum kamu.”

Simone Inzagh tetap memuji prestasi anak buahnya dalam aksi pertama berdepan dengan pasukan pada kualiti Liverpool. Dan berharap ini akan menjadi titik tolak kepada pasukannya untuk sesuatu yang lebih besar.

Inzaghi berkata: “Kami tidak pernah beraksi berhadapan dengan pasukan pada kualiti Liverpool, ini adalah titik permulaannya.”

Bercakap kepada penyiar Amazon Prime Video Itali, selepas perlawanan, jurulatih itu menekankan bahawa Nerazzurri telah bertahan sebaik mungkin menentang salah satu pasukan terkuat di Eropah.

Inter tahu bahawa mereka tidak akan mempunyai masa yang mudah untuk bangkit dan mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Kerana selepas ini Inter akan beraksi di Anfield. Oleh sebab itu Inzaghi menekankan, apabila mereka gagal menjadi juara kumpulan, cabaran seperti ini sudah dijangka. Terutama sekali berdepan lawan dari England.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mencipta peluang separuh masa yang baik untuk menjaringkan gol tetapi kedua-duanya tidak kelihatan begitu benar benar mendapat rentak.

Kerana setiap serangan akan berjaya dipatahkan oleh pertahanan di garisan akhir.

Namun pada awal separuh masa kedua, Inter bermain dengan sangat baik. Meletakkan Liverpool dalam keadaan sukar dan bertahan ke bawah. Mungkin inilah fasa yang dikatakan oleh Inzaghi sebagai memberikan mereka harapan palsu. Kerana selepas itu Liverpool menjaringkan 2 gol dan menang.

Silap Inter juga yang sangat tumpul di hadapan gol dengan beberapa peluang keemasan yang mereka ada.

Simone Inzaghi jujur menyatakan bahawa mereka tak mahu untuk berjumpa dengan pasukan seperti Liverpool setiap hari.

“Kami berharap kami tidak perlu berdepan dengan Liverpool dalam setiap perlawanan,” kata Inzaghi.

“Saya berbangga dengan pasukan, kami mengharungi perlawanan yang hebat, tetapi kami tidak mendapat ganjaran yang kami inginkan daripada beberapa detik terbaik kami.”

“Kemudian kami dihukum dengan gol yang luar biasa,” tambahnya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan saya atas prestasi mereka,” kata jurulatih itu lagi.

“Kami sepatutnya lebih layak mendapat hasil lebih baik, tetapi apa yang kami tunjukkan malam ini sepatutnya menjadi petanda baik untuk apa yang akan berlaku pada masa hadapan.”

“Inter telah menentang salah satu daripada dua pasukan terkuat di Eropah, malam-malam seperti ini mesti memberikan kami keyakinan diri kerana kami bermain perlawanan yang hebat.”

“Saya fikir perlawanan ini mesti menjadi titik permulaan. Kami telah bermain banyak perlawanan hebat sepanjang musim ini, tetapi kami tidak pernah menentang pasukan yang berkualiti seperti Liverpool ini sebelum ini.”

Walaupun mencatatkan skor 2-0, sebenarnya Liverpool sangat bergelut untuk menang perlawanan ini. Inter Milan juga berhak menang berdasarkan prestasi mereka. Malang sekali di barisan serangan, Inter tidak cukup tajam.

Hakan Calhanoglu dan Lautaro Martinez antara yang memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Liverpool berjaya mencatatkan satu lagi kemenangan dari San Siro, Milan.

Korang boleh saksikan rangkuman ataupun highlight perlawanan di antara Inter Milan vs Liverpool (Round of 16 first leg) di sini: