Pegawai International Olympic Committee (IOC) mengakui di hadapan wartawan di Tokyo bahawa mereka melakukan sedikit kesilapan dalam polisi kebenaran bertanding untuk atlet tukar jantina.
Dan menegaskan bahawa peraturan semasa sudah tidak relevan lagi. IOC memberitahu bahawa polisi terbaru penyertaan atlet tukar jantina ini akan diumumkan pada masa terdekat.
IOC menjadi watak utama dalam membantu kemasukan atlet tranjantina Laurel Hubbard yang sebelum ini berpunai, namun telah membuangnya lalu menyertai acara wanita.
Agak kontroversi apabila uncle Laurel dibenarkan bertanding menggunakan tiket persatuan angkat berat antarabangsa dan kemudian disokong IOC.
Hubbard bertanding dalam acara 87+kg pada Isnin. Dibenarkan bersaing dengan atlit yang lahir wanita. Kebenaran itu adalah daripada garis panduan IOC 2015 yang disesuaikan oleh Persatuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
Saintis telah memberikan hujah mereka bahawa, peraturan menggunakan sukatan kadar testosterone dalam badan terlalu kabur dan lemah.
Peraturan semasa menyatakan atlet yang lahir dengan pedang itu, dan kemudian menukarnya ketika dewasa dan mahu bertanding dengan wanita lain, mereka boleh berbuat demikian jika testosterone mereka di bawah 10 namoles per liter dalam masa sekurang kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan mereka sertai.
Saintis anggap atlet wanita sebenar dalam risiko
Dua orang saintis yang telah berunding dengan IOC mengatakan bahawa, berdasarkan bukti baru-baru ini, mereka percaya takuk 10-nanomole per liter terlalu tinggi. Itu ditetapkan “berdasarkan data lama, dan bukan berdasarkan cara yang paling canggih untuk mengukur testosteron,” kata Myron Genel, seorang ahli endokrinologi Yale yang telah mempelajari topik tersebut dan berunding dengan IOC selama dua dekad.
Richard Budgett, pengarah perubatan dan saintifik IOC, mengakui bahawa “untuk mempersetujui nombor lain hampir mustahil dan mungkin tidak relevan. Anda boleh membahaskannya tanpa henti.”
Perkara lain yang dibuat oleh beberapa pakar adalah bahawa satu mewujudkan peraturan dan standard yang sesuai untuk trans sebenarnya telah gagal mempertimbangkan bahawa sifat kekal oleh wanita dan lelakmi setelah melalui akil baligh sangat jauh bezanya. Ianya bukan sains roket, kerana pada situasi semasa kita sudah dapat melihatnya.
“Perbezaan antara prestasi lelaki dan wanita berbeza dari sukan ke sukan,” kata Genel.
“Walaupun dalam sukan, seperti trek dan acara padang, kelebihan lelaki berbanding wanita mungkin antara 5 hingga 12, atau 13% bezanya, bergantung pada aktiviti.”
Perubahan yang berlaku pada tubuh wanita trans semasa terapi hormon juga lebih banyak memberi kesan ke atas beberapa sukan tertentu. Dan saintis menegaskan bahawa peraturan semasa itu tidak digalakkan untuk digunakan dalam sukan sukan lain untuk kategori wanita. Ianya mengundang risiko sangat tinggi. Bayangkan jantan ini semua bertanding dalam acara tinju dengan wanita yang feminin, mahu meninggal wanita itu makan penumbuk mereka.
Walaupun trans, mereka ini sebenarnya sangat kuat dari segi komposisi tulang mereka.
Harper memberikan contoh: “Kami telah mendapati bahawa tahap hemoglobin pada wanita trans, ketika mereka menjalani terapi hormon, akan meningkat dari tahap hemoglobin lelaki ke wanita dalam masa empat bulan.
“Dan hemoglobin merupakan faktor fisiologi terpenting dalam sukan yang memerlukan ketahanan. Sebaliknya, sangat jelas bahawa wanita trans tidak akan kehilangan semua kelebihan kekuatan mereka.”
IOC pada masa ini membenarkan setiap persekutuan sukan antarabangsa menetapkan peraturannya sendiri, tetapi banyak yang hanya menggunakan garis panduan IOC.
Jurucakap IOC Christian Klaue mengatakan IOC sekarang fokus pada “[menyediakan] kerangka kerja” untuk membantu persekutuan khusus sukan mengembangkan peraturan mereka sendiri.
Beliau mengambil kira pandangan pakar dan saintis dengan berkata: “Ini ada impak berbeza dari sukan ke sukan lain, dan kadang-kadang bahkan dari disiplin ke disiplin, dan kadang-kadang bahkan dari acara ke acara.”
Pegawai IOC mengatakan bahawa pendekatan baru IOC akan diumumkan akhir tahun ini, tetapi juga menekankan perlunya lebih banyak ilmu pengetahuan.
Sehingga kini, kebanyakan, jika tidak semua kajian yang relevan mengenai kelebihan yang ada pada wanita trans. Kerana kajian tentang mereka sangat masih baru.
“Penyelidikan perlu lebih kontekstual,” kata Katie Mascagni, ketua perhubungan awam IOC.
“Apa yang mungkin berlaku untuk mendayung dan disiplin khusus ini – di mana berpotensi testosteron atau aspek lainn akan menjadi alasan ada kelebihan yang tidak seimbang – mungkin sama sekali tidak relevan dalam konteks lain.”
Budgett juga mengatakan bahawa, selain menyeimbangkan di antara penerimaan kemasukan dan keadilan – seperti itulah keputusan kebijaksanaan ini harus dipertimbangkan – IOC akan mempertimbangkan keselamatan, terutama dalam sukan yang ada kontak seperti sukan tempur. Mereka sedar bahawa wanita akan terdedah dengan bahaya tak diduga jika ianya tidak diberikan perhatian awal.
Garis panduan baru, katanya, akan menjadi “keseimbangan antara keselamatan, penyertaan dan keadilan.”
Budgett: Mereka pun wanita juga
Budgett bagaimanapun seperti beberapa aktivis pelangi lain, meremehkan idea bahawa kemasukan wanita trans adalah ancaman besar terhadap sukan wanita.
“[Kena ingat] tidak ada wanita transgender yang berada di peringkat tertinggi [mendominasi sesuatu sukan], hingga sekarang, saya rasa ancaman terhadap sukan wanita pada umumnya mungkin dilebih-lebihkan oleh pihak pihak tertentu,” katanya.
“Dan perkara penting lain yang perlu diingat adalah wanita transgender adalah wanita sama seperti wanita yang lain yang perlu diterima dan disayangi. Oleh itu, anda akan merangkumkan mereka sebagai wanita seberapa daya yang anda mampu,”
Hmmm..
Transgender bernama Caitlyn Jenner merupakan bekas atlet olimpik dan pemenang pingat emas dalam temasya tersebut. Dan dia sendiri menyatakan bahawa sangat tidak adil untuk atlet transgender beraksi dalam acara wanita.
Caitlyn Jenner yang dulu glamor dengan siri Kardashians itu telah meminta agar badan sukan dunia melarang atlet transgender beraksi dalam acara wanita.
Kenyataan Jenner itu mendapat banyak polemik dari kalangan pejuang hak asasi transgender. Ini termasuklah pejuang tegar L G B T Q, Megan Rapinoe.
Rapinoe membidas Jenner dan menyatakan bahawa atlet transgender tidak patut dilarang beraksi dalam sukan wanita. Rapinoe turut menuduh kini masyarakat dunia seolah olah menggunakan sukan untuk menyerang hak transgender. Pulak dah.
Rapinoe mengutuk Jenner dengan berkata: “Kamu atlet yang luar biasa tetapi kamu bukan ahli politik yang bagus.”
Rapinoe menyindir, kerana Jenner mahu bertanding jawatan gabenor California.
Namun Jenner tidak berganjak dengan menyatakan: “Saya kekal dengan pendirian saya. Kita harus menjaga integriti wanita wanita ini dalam suka. Saya rasa itu sangat sangat mustahak dalam isu ini.”
“Tapi sebenarnya ada banyak perkara yang lebih besar daripada apa yang saya katakan ini. Kerana faktor bioligikal mereka itu adalah lelaki. Dan kalau ada kesempatan suatu hari nanti saya akan jelaskan kepada kamu.
Rapinoe masih berjuang untuk hak sama rata untuk atlet wanita dan lelaki. Namun dia tak pasti dia akan menyertai politik selepas tamat karier sebagai pemain bola sepak.
Kontroversi atlet transgender ini menjadi panas apabila atlet angkat berat New Zealand, Laurel Hubbard bakal menjadi atlet transgender pertama yang akan beraksi di Olimpik. Jika itu berlaku, ianya bakal menimbulkan kontroversi.
Atlet berusia 43 tahun itu lahir secara biologi sebagai lelaki. Namun memilih untuk menukar jantina pada usianya 30 tahun. Dengan dunia dilanda wabak, Olimpik Tokyo mengenakan beberapa kelonggaran baharu kepada atlet dalam aksi kelayakan termasuk angkat berat.
Hubbard turut bertanding dalam acara lelaki dan diberikan kebenaran bertanding dalam acara wanita kerana tahap testosterone berada di bawah paras yang ditetapkan oleh IOC ataupun nama penuhnya International Olympic Committee.
Dia berhasrat untuk menjadi sebahagian kontinjen New Zealdn dalam Olimpik Tokyo dan bertanding dalam acara wanita + 87kg, sebuah acara di mana dia kini berada di tempat ke-16 di dunia.
Hubbard sudah ada dalam buku sejarah setelah menjadi atlet Sukan Komanwel transgender pertama di Gold Coast pada tahun 2018. Namun dia terpaksa menarik diri setelah mengalami kecederaan siku yang hampir mengakhiri kariernya.
Walaupun pasukan New Zealand masih belum dapat mengesahkan namanya dalam skuad olimpik, para pegawai mengatakan Hubbard kemungkinan akan memenuhi kriteria kelayakan baru yang telah dipermudahkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa kerana pandemik sekarang ini.
“NZOC dapat mengesahkan bahawa sistem kelayakan persekutuan antarabangsa (IF) yang disemak semula cenderung melihat sejumlah atlet angkat berat New Zealand akan mara ke Olimpik, termasuk atlet transgender Sukan Komanwel, Laurel Hubbard, dengan kuota IF untuk Tokyo 2020,” kata Jawatankuasa Olimpik New Zealand.
NZOC sangat menyokong hak Hubbard untuk bertanding sejak beberapa tahun lalu, dan mengatakan semua atlet yang terpilih untuk Tokyo akan mendapat sokongan daripada mereka.
“Pasukan New Zealand mempunyai budaya pengurusan (kepedulian), keterlibatan dan rasa hormat yang kuat untuk semua orang,” katanya.
Weightlifter Laurel Hubbard won no titles as an adult until they transitioned in their thirties when they took gold at their first major post-transition outing, casually and unofficially setting four new national records in the process
1/7 pic.twitter.com/DXYIj4mjII
— alliap (@alliap2) May 6, 2021
Tidak semua orang di dunia sukan begitu menyambut dan penampilan Hubbard di temasya itu pasti menimbulkan perhatian media kepada atlet transgender.
Persekutuan Angkat Berat Australia gagal melarangnya dari Gold Coast pada tahun 2018, dengan alasan dia mempunyai kelebihan fizikal berbanding atlet yang menang dilahirkan wanita tanpa mengira tahap testosteron.
“Pada pandangan kami yang penuh rasa hormat [kepada transgender], kriteria semasa dan penerapannya berpotensi untuk mengurangkan minat kepada sukan angkat berat wanita dan menghalang minat atlet yang lahir sebagai wanita daripada mengikuti sukan ini di peringkat elit pada masa akan datang,” katanya.
Hubbard jarang memberikan wawancara tetapi memberitahu Radio New Zealand pada tahun 2017 bahawa dia hanya ingin bersaing dalam sukan yang dia gemari dan menutup mulut pengkritik.
“Saya tidak mahu mengubah dunia. Saya hanya mahu menjadi saya dan melakukan apa yang saya lakukan.”
Selain itu Perdana Menteri Samoa, menentang penyertaan Hubbard dalam kategori wanita dengan berkata: “Tak kira macamana pun kita melihat perkara ini, dia tetap seorang jantan.”
Ianya selepas Hubbard menewaskan 2 atlet Samoa yang asli wanita.
Prime Minister of Samoa speaks the truth about Laurel Hubbard: "No matter how we look at it, he’s a man" https://t.co/mADGEfsNYs
— Caroline ffiske (@carolinefff) May 6, 2021
Donald Trump Jr meminta agar satu protes dilakukan ke atas Hubbard demi menyelamatkan sukan wanita.
If you think this is ridiculous and want to help save women’s sports sign this petition. https://t.co/YxyQQHlBK2
Trans weightlifter Laurel Hubbard set to make history at Tokyo Olympics | Tokyo Olympic Games 2020 | The Guardian https://t.co/BHxMwvcsPf
— Donald Trump Jr. (@DonaldJTrumpJr) May 6, 2021