Ironi Kepulangan Haller: Sembuh Dari Kanser Dan Skor Gol Pada Hari Kanser Sedunia

Pemain Ivory Coast Sebastian Haller menjadi petarung yang berjaya melawan kanser. Dia ditandatangani oleh Dortmund musim panas lalu sebagai pengganti Erling Haaland.

Bagaimanapun, sejurus selepas menyertai kelab itu, dia disahkan menghidap tumor testis malignan.

Dia memerlukan dua pembedahan dan empat sesi kemoterapi dalam perjuangannya melawan kanser.

Haller kembali beraksi pada Januari selepas enam bulan tersisih kerana berjuang melawan kanser.

Sebelum ini dia beraksi dalam pasukan belia sebagai langkah terakhir pemulihan kecergasan dan fizikalnya.

Akhirnya, dia berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Borussia Dortmund menentang SC Freiburg pada petang Sabtu.

Dan dia mencatatkan jaringan pada minit ke-51 untuk membolehkan pasukannya mendahului 3-1.

Raphaël Guerreiro menghayun hantaran lintang ke dalam kotak dan Haller menanduk masuk ke tiang belakang.

Gol itu membuatkan peminat bersorak terharu melihat kebangkitan Haller.

Apa yang menjadikan gol itu lebih istimewa ialah ia dilakukan pada Hari Kanser Sedunia.

Signal Iduna Park meletus ketika peminat meraikan gol Haller.

Pemain Dortmund juga sangat gembira untuk rakan sepasukan mereka itu.

Karim Adeyemi juga kelihatan girang melompat ketika dia meraikan gol pertama Haller sejak kepulangannya.

Ramai peminat memberikan penghargaan dan syabas kepada Haller yang baru sahaja kembali.

Sebelum ini kariernya terancam mungkin akan berakhir awal. Malah lebih menakutkan dia juga mempertaruhkan nyawanya.

Dia berjuang berhabis habisan. Walaupun pada satu ketika, kita dah tak kenal dengan rupa Haller yang ketika itu sangat kurus melawan penyakit itu.

Namun dia membuktikan kepada dunia bahawa, tumor boleh dilawan! Tiada yang mustahil.

Dia sentiasa memberikan motivasi kepada setiap orang yang berjuang bersamanya melawan penyakit itu daripada menjadi barah.

Malah di butnya direka khas dengan kata kata berbaur makian ke atas kanser.

Dortmund membelasah Freiburg 5-1 untuk naik ke tangga ketiga Bundesliga.

Nico Schlotterbeck, Adeyemi, Haller, Julian Brandt dan Giovanni Reyna semuanya berada dalam senarai penjaring dalam kemenangan meyakinkan Der BVB.

Dortmund kini berada di tangga ketiga dan dua mata di belakang pendahulu liga, Union Berlin.

Mereka kembali beraksi pada hari Rabu apabila menentang Bochum dalam DFB-Pokal.